Google+ Badge

Tuesday, June 16, 2015

Selamat Hari Lahir Mak!

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran

Entry : 20

Tanggal 16 Jun 1961, adalah hari lahir mak. Dan hari ini genaplah umur mak 54 tahun. Muda lagi kan?

Selamat hari lahir mak, Along sayang mak dunia akhirat. Semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak melimpah ruah dan sentiasa di dalam lindungan-NYA.

Hari ini kami 8 beradik menyambutnya di Ulu Yam Bharu. Angah belikan kek, Uda beli sate dan Aizat beli ayam goreng KFC. Makan kenyang kami malam ini. Adik-adik yang lain juga seronok. Terlihat wajah ceria mak bila anak-anak balik berkumpul di rumah.