Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Info : Tazkirah.net
Entry : 13
Gadjet adalah pilihan masakini yang banyak dijual dipasaran. Kadang-kadang gadjet menjadi bahan untuk kita lekakan anak kita. Tetapi, akibat terlalu membiarkan anak menghadap gadjet, ia akan memudaratkan kesihatan dan kemahiran hidup mereka. Sedarkah kita? Anak-anak juga boleh jadi kurang komunikasi dan tidak pandai bergaul. Siapa yang perlu kita persalahkan? Gadjet atau kita sebagai ibubapa mereka? Sedangkan anak - anak inginkan perhatian daripada kita setelah seharian kita tiada disisi mereka.
Kita menjadikan gadjet sebagai alasan agar mereka tidak kacau kita kerana penat dan tak larat nak layan anak lepas pulang dari kerja. Kita tak sempat nak layan anak bermain sebab kita sibuk nak selesaikan kerja-kerja rumah, memasak, membasuh, atau mengemas.
Kasihan anak kita. Mereka hanya inginkan perhatian dan kasih sayang dari kita. Kita pula biarkan gajet yang beri perhatian untuk mereka, sedangkan masa berjalan. Membesarlah mereka dengan ipad, gajet yang tidak bernyawa itu.
10 Tips Elak Anak Ketagih Gadjet Elektronik |
10 Tips Untuk Mengelakkan Anak Kecil Ketagih Gajet Elektronik
#1 – Jangan Beli
Jangan beli tab, Ipad ke apa-apa sajalah untuk anak-anak. Selagi tiada
kepentingan guna, usahlah beli. Tidak perlu kenalkan mereka dengan
laptop dan komputer di awal usia. Apatah lagi game di internet.
Tambah-tambah, bermacam iklan yang tak baik ada di internet.
#2 – Kerap Baca al-Quran
Sejak dari dalam perut, sampai keluar perut ibu, parents kena suka baca
Al-Quran. Bukan anak yang baca. Tapi, mak ayah yang duk selalu baca
depan anak-anak. Mak ayah baca, anak ikut. Ramai anak belajar meniru
melalui apa yang mereka dengar walaupun tak reti membaca.
#3 – Jangan Main Game Depan Anak
Kalau ayah gamer, jangan duk main game depan anak-anak. Seriously kena
faham, Allah sebut demi masa, manusia itu dalam kerugian kecuali yang
beramal soleh. Kalau main game sampai dua tiga jam, sampai lewat pagi,
macam tak ok je. Kena lebih matanglah, dah kahwin kan.
#4 – Bawa Ke Majlis Ilmu
Bawa anak-anak walaupun masih kecil ke majlis ilmu. Ajar mereka pakai
pakaian sunnah tutup aurat di awal usia lagi. Bila ayah ibu cinta ilmu,
anak-anak pun jadi ikut sama. Insya-Allah.
#5 – Amalkan Beriadah
Bawa anak-anak ke taman permainan untuk beriadah. Atau main saja depan
rumah dengan anak-anak. Jangan biarkan anak jadi anti-sosial dengan tab
di tangan. Ajarkan anak-anak ikut solat walaupun solat sunat.
#6 – Ajar Berzikir
Ajari anak-anak berzikir yang mudah-mudah. Ayah start, ibu sambung,
anak ikut. Sebagaimana ada sebuah keluarga ulama ini, tidak membiarkan
anak-anak mereka diam mulut tanpa zikir kerana dibimbangi mulut itu
‘mati’ tanpa mengingati Allah.
#7 – Hadkan Penggunaan TV
Hadkan penggunaan televisyen. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton
kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda
kanak-kanak, tapi jika terlalu berlebihan, tak elok juga.
#8 – Wajibkan Membaca al-Quran
Wajibkan setiap hari baca Al-Quran. Pesankan pada anak-anak, kewajipan
ini ayah ibu amanahkan sampai ke akhir hayat. Baca setiap hari. Bukan
setakat di sekolah rendah saja, kemudian berhenti di peringkat
seterusnya.
#9 – Tanamkan Sifat Zuhud
Tanamkan dalam jiwa
anak-anak, sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada
anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan
terpengaruh dengan anak-anak orang kaya lain yang suka menunjuk-nunjuk
cara hidup mewah mereka. Syukuri apa yang kita ada.
#10 – Kenalkan Dengan Buku Ilmiah
10. Kenalkan mereka dengan buku-buku ilmiah. Jauhkan mereka dari baca
buku kisah-kisah dongeng seperti Cinderella dan lain-lain. Berikan
mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran.
Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit
sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.
Semoga tip-tip ini membantu ibu ayah dan semoga ia bermanfaat buat kita semua.