Google+ Badge

Tuesday, May 26, 2015

Tip penyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya

Teks : Nor Fahidayu Masran

Foto : Nor Fahidayu Masran (koleksi peribadi)

#Entry.2


Assalamualaikum wbt.
 
Tergerak hati, kali ini ingin berkongsi tentang pengalaman saya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, genap dua tahun setengah.
.
Saya berniat untuk menyusukan anak saya yang ketiga ini sepenuhnya sejak hamil lagi. Mencari gali ilmu penyusuan hanya di dalam group-group fb dan google. Banyak membaca majalah-majalah keibubapaan seperti majalah pa ma. Sangat banyak info yang saya dapat dan dari situlah bermulanya semangat saya dalam bidang penyusuan.
.
Memandangkan saya adalah seorang penjawat awam beruniform, sudah tentu kerja saya adalah waktu bekerja shif. Kadang-kadang terpaksa bertugas lebih masa, membuat kawalan demonstrasi juga kawalan-kawalan majlis keraian. Bertugas di dalam kota metropolitan, adalah satu cabaran bagi saya kerana saya terpaksa mencari tempat-tempat tertentu untuk mengepam. Ada kalanya di dalam tandas (ruang luar ye), dalam surau shopping complex, dalam kenderaan bertugas juga. Sangat mustahil untuk mendapat tempat yang selesa untuk mengepam. Jika dapat pun, kira rezeki hari tersebut. Terpaksa menghilangkan perasaan malu sebab saya juga dikelilingi oleh petugas lelaki.

Alhamdulillah, stok susu saya tak pernah putus walau hanya menggunakan pam manual. Malah melimpah ruah. Sentiasa cukup untuk bekalan anak saya walau saya tidaklah terlalu obses untuk menyimpan stok penuh peti ais. Sebab apa? Sebab peti ais saya hanyalah peti ais satu pintu sahaja, yang mana susu yang telah diperah (ebm) boleh bertahan hanya dua minggu sahaja. Jadi, anak saya mendapat bekalan susu yang dikira fresh jugalah ye!
.
.
Apa petua saya dalam membuat stok ebm anak walau bekerja tak tentu masa?
.
.

Tip penyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya.


Pertama sekali, mestilah apply konsep supply & demand. Minum air secukupnya, paling kurang 2 liter sehari. Ibu menyusu perlukan air 3 liter sehari ye. Kerap kosongkan payudara dan mengepam mengikut jadual antara 3-4 jam sekali. Jangan malu untuk mengepam, pakai shawl jika berada di tempat awam.  

Menjaga kesihatan juga adalah salah satu perkara penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Ini adalah kerana, ibu yang sihat dapat mengalirkan susu dengan lancar. Tetapi, jika sebaliknya, ibu yang kerap sakit atau stress akan menyebabkan penghasilan susu kurang. Amalkan gaya hidup sihat dan ambil supplemen tambahan bagi membantu memberi kecergasan dan meningkatkan tahap kesihatan ibu. Supplemen penting sebab tidak semua makanan yang ibu ambil memenuhi nutrisi seperti di dalam piramid makanan. Betul? Kita juga terdedah kepada pencemaran alam serta radikal bebas, yang mana ia menyebabkan vitamin dalam badan cepat lupus. Fungsi mengambil vitamin adalah untuk mengisi kerompongan nutrisi tubuh, lebih-lebih lagi ibu yang menyusukan anak sebab ibu berkongsi nutrisi dengan bayi. Mengambil supplemen bukanlah semata-mata untuk menambah susu ibu jadi banyak, tetapi ia lebih penting dari itu. Adalah salah, jika anda mengambil vitamin untuk menjadikan susu lebih banyak. Mahal vitamin anda, tetapi jika tak amalkan tips yang betul, tiadalah gunanya vitamin tersebut.

Jadual Pengurusan Susu Perahan (EBM)
Jadual Pengurusan Susu Perahan (EBM)

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan penyusuan anak ketiga saya sebelum ini. Saya jimat wang membeli susu formula & wang untuk beli pampers juga sebab bayi menyusu ibu tidaklah terlalu kerap kencing. Anak juga jarang sakit. Sangat jimat berbanding 2 orang abangnya sebelum ini yang menyusu susu formula. Insya-Allah, saya teruskan penyusuan susu ibu kepada anak saya yang keempat pula.
.


Sekian, inilah sedikit coretan pengalaman penyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya seperti saya. Satu pengorbanan yang sangat mencabar sepanjang tempoh penyusuan.

Semoga catatan pengalaman dan tip penyusuan yang saya kongsikan di sini bermanfaat untuk anda yang membacanya. :)

Perlukan bimbingan penyusuan?
.
.
Hubungi saya untuk info lanjut
Nor Fahidayu Masran
0162853148