Google+ Badge

Thursday, June 11, 2015

Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Koleksi peribadi

Entry : 17


Di waktu tengah malam semalam, orang sedap tidur, daku berkecah-kecah di dapur. Hanya semata-mata nak buat kek batik untuk bekalan anak nak ke Lumut bercuti bersama keluarga kawannya. Biasalah, cuti-cuti sekolah bawa anak berjalan-jalan.

Saya kongsikan resepi kek batik mudah lagi sedap ini ye. Budak-budak mesti suka.

Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap

 

Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap
Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap


Bahan - bahannya :

  1. Sepeket milo kecil (harga dalam Rm 4.90)
  2. Sebuku butter 250 gm
  3. Sebiji telur
  4. 1/2 cawan susu pekat
  5. 2 paket biskut marie perisa asli
  6. 2 sudu besar serbuk koko
  7.  1/2 cawan air panas

Cara-caranya :

  • panaskan kuali, masukkan butter biar cair. Kemudian masukkan susu, milo, koko dan telur. Jika pekat, boleh masukkan setengah cawan air panas. Kacau biar sebati dan rata. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan kacau sebati.
  • Setelah siap, bolehlah diletakkan ke dalam loyang. padatkan dengan menghentakkan sedikit loyang tersebut. Boleh juga tekan-tekan dengan sudu. Siap dan boleh simpan dalam peti ais terlebih dahulu. 
  • Saya suka kek batik yang lembut sikit. Tetapi ada juga yang suka keras-keras. Kalau suka yang keras, susun biskut dalam loyang. Caranya, lapisan pertama curahkan bancuhan coklat, kemudian lapiskan dengan biskut yang telah dipatahkan. Susun macam puzzle. Ulang langkah lapisan sampai habis ye. Tekan-tekan biskut dengan sudu bagi padat. :)

Selamat Mencuba!