Monday, June 22, 2015

Belajar Etika Menulis Di Kelas Akademi Bekerja Di Rumah (Abdr)dan Jana Pendapatan Sebagai Pengurus Online Abdr

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Akademi Bekerja di Rumah (Abdr)
Entry : 25

Setelah hampir sebulan saya mengikuti kelas Akademi Bekerja di Rumah (Abdr), banyak yang telah saya pelajari. Rupa-rupanya menulis blog tidak boleh semborono bagi menarik minat pembaca datang ke blog kita.

Antaranya adalah, kita kena tahu etika menulis.

Etika menulis :

1. Kita mahu menulis tetapi tidak ada idea. Mulalah dari diari harian dan kisah pengalaman diri sendiri dahulu.

2. Kita mahu berkongsi dan mahu memberi inspirasi. Banyak idea dan penulisan orang lain lalu kita teruja copy dan tekan butang share. Pastikan ada sumber asal penulis tersebut.

3. Kita baca dan ambil semula poin kisah inspirasi tersebut, kemudian buat olahan baru menggunakan ayat sendiri. Inilah dinamakan tulis semula dan berikan idea segar yang baru.

4. Keterujaan utama apabila di facebook melintas kisah atau ayat ayat menginspirasikan. Kita copy, paste dan kongsi semula di status tanpa meletak sumber asal. Ini tidak beretika langsung.

Sumber : Kelas asas blog dan penulisan.

Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah :

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah

> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan

> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm

> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah :

1. Kelas asas blog dan penulisan

-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online

-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh.

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Hubungi saya jika sudah sedia.
Nor Fahidayu Masran
E-mail : norfahidayumasran@gmail.com

#PengurusOnlineAbdr
#abdr
#akademiBekerjadiRumah
#pengurusOnlineAbdr