Google+ Badge

Monday, November 9, 2015

7 Cara Berguna Untuk 'FREE GADGET'kan Anak

Zaman sekarang memang tidak boleh dinafikan, gadget menjadi permainan anak-anak. Boleh beri tetapi haruslah dengan pengawasan orang dewasa.

Masalah anak kerap mengadap gadget? Cegah sebelum parah. Gadget buat mereka leka, tidak aktif dan boleh buat mata anak cepat rabun.

Ini beberapa cara saya gunakan untuk anak saya. Mula-mula memang susab sikit. Mak kena tahan sabar dan kejam sikit demi kesejahteraan anak kita juga.
Mungkin boleh digunakan untuk 'free gadget'kan anak-anak kalian.

.
7 CARA "FREE GADGET"kan ANAK
==========================

1. Beritahu dengan tegas, Handphone itu kita punya. Tak boleh buat main. JANGAN SESEKALI BELIKAN MEREKA GADGET SENDIRI JIKA TIDAK PENTING!!

2. Jangan download game yang melekakan dalam hp anda. Lebih baik beralih kepada game pembelajaran

3. Tutup data/wifi jika tak guna.

4. Alihkan perhatian anak dengan permainan lain. Galakkan anak bermain diluar rumah.

5. Layan anak dahulu. Anak nak perhatian, bosan sebab mak pun layan android.

6. Nak reward anak, boleh beri hadap gadget dalam 10 minit sahaja. Selepas cukup masa, ambil semula gadget dan simpan.

7. Jika tak boleh juga, biarkan bateri hp anda dalam 20% sahaja. 😄

.
Habib pun dah kurang sangat mengadap 'handphone'. Sebab tak ada game dah dalam handphone ibu. Kalau dia nak, tengok katun kat Youtube sahaja. (Selalu bateri ada 20% je). 😂😂 dah bosan dia kacau abang adik dia atau bermain di luar rumah.

.
SHARE JIKA BERMANFAAT UNTUK KALIAN. 😊