Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Carian google
Entry :19
Cabaran berpuasa ketika hamil.
Mungkin tahun lalu anda mampu menyempurnakan ibadah puasa sebaik-baiknya. Namun, tahun ini hati berasa sedikit gusar dan tertanya-tanya adakah diri anda mampu melaksanakannya kerana kini anda telah berbadan dua. Ada kala sihat, ada kala terasa begitu lelah. Jadi, apakah persediaan yang harus anda lakukan bagi memastikan anda mampu berpuasa dan dalam masa yang sama bayi dalam kandungan sentiasa sihat.
Tetapi jika ibu menghadapi masalah seperti Diabetes Mellitus, penyakit buah pinggang, penyakit hati yang tidak berfungsi, penyakit bronchial asthma yang kuat, tekanan darah tinggi, kehamilan kembar, berisiko melahirkan bayi pramatang yang mana dikhuatiri akan mendatangkan masalah kepada ibu sendiri dan yang lebih penting akan menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan janin yang dikandung. Maka, ibu ini tidak digalakkan untuk berpuasa.
Cabaran dan 5 Tip Berpuasa Bagi Wanita Hamil Kekal Bertenaga
TANDA-TANDA AMARAN YANG DINASIHATKAN TIDAK MENERUSKAN BERPUASA
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, anda adalah tidak digalakkan untuk meneruskan berpuasa.
- rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat
- rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain mengambil ubat penahan sakit
- rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan berbau hancing. Keadaan ini menandakan fenomena dehidrasi. Anda harus berbuka dengan segera kerana ia membahayakan diri dan bayi
- Kekurangan pergerakan bayi dalam kandungan. Kurangnya pergerakan ini menunjukkan bayi kekurangan nutrien. Maka, dengan makan dan minum nutrien dapat disalurkan kepada bayi anda
- Terasa rahim mengeras (kontraksi). Ianya mungkin mengakibatkan kelahiran bayi pramatang
- berat badan ibu menurun
Selain mempunyai masalah kesihatan, ibu juga selalunya tidak digalakkan berpuasa terutama pada trimester pertama iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Ini adalah kerana, pada saat inilah bayi memerlukan nutrien yang secukupnya disamping pada peringkat awal ibu selalu mengalami komplikasi seperti morning sickness. samping
4 TIP BERPUASA BAGI WANITA HAMIL
Amalan pemakanan yang seimbang dan mengambil gizi yang diperlukan membantu memberikan kecergasan dan kesihatan yang optimum walaupun ketika berbadan dua. Tip ini adalah daripada pakar diet, Puan Siti Zafirah Md Reeza.
Amalkan pemakanan seimbang ketika hamil |
- Jangan lupa sahur. Sahur adalah penting bagi memastikan pembekalan tenaga optimum untuk seharian berpuasa.
- Banyakkan minum air ketika waktu sahur dan berbuka untuk memastikan tubuh badan sentiasa dalam hidrasi yang mencukupi.
- pengambilan serat yang tinggi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan terutama ketika berbuka puasa dan sahur adalah perlu bagi mendapatkan sumber vitamin pranatal seperti zat besi, asid folik, vitamin c dan vitamin A
- Rancang hari anda supaya anda dapat berehat secukupnya. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang - barang berat. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas keran ini boleh menyebabkan anda ternyahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
- Amalan mengambil makanan sunnah dan makanan tambahan lain adalah sangat digalakkan. Untuk Set Vitamin Ibu Hamil, anda boleh dapatkan daripada saya.
Sms @ Wasap 016-2853148