Google+ Badge

Monday, July 20, 2015

Cerita Hariraya Di Tempat Orang

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 36

Memasuki raya keempat. Masih belum ada gambar sekeluarga penuh. Hanya gambar kami berempat sahaja, saya, suami dan dua orang anak kecil Habib dan Fateh.

Saya masih berada di kampung suami, Gumukmas, Jember Indonesia. Kalau di sini meriahnya pada hari raya ke tujuh. Lebaran ketupat kata orang sini. Kebanyakkan akan beraya di pantai. Masa ini ramai beriadah bersama keluarga. Jika berniaga waktu raya ketujuh, untung pendapatan lebih lumayan.

Rindu nak makan ketupat rendang orang Melayu. Tak sama menu makan dan citarasa di tempat orang. Seronok lagi di negara sendiri, bila raya berkumpul bersama keluarga, bermaafan, ziarah memziarahi jiran dan saudara mara. Ada "baraan" kalau di kampung saya di Batu Pahat, Johor.

Bagaimana pula hariraya di tempat anda? Bolehlah ceritakan sedikit di sini. 😊

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Kembali kepada fitrah. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.




Ramai yang sudah berada di kampung halaman. Gembira bertemu ibu ayah dan sanak saudara di kampung.

Sudah pasti anak-anak paling seronok. Ingatkan anak-anak tentang adab bertamu dan sentiasa menjaga kesopanan dan keramahan ketika berkunjung ke rumah saudara mara.

Di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga sepanjang perjalanan berhari raya dilindungi Allah selalu.

Dari kami sekeluarga.
Nor Fahidayu Masran





Thursday, July 16, 2015

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Koleksi Peribadi
Entry : 35

Alhamdulillah. Mungkin hari ini adalah sahur terakhir, puasa terakhir kita. Semoga amal ibadah sepanjang Ramadhan ini diterima oleh-NYA dan bukan Ramadhan terakhir kita.
.
Semoga diberikan rezeki dan kesihatan yang baik untuk bertemu lagi ramadhan akan datang.
.
Saya kini berada di Gumuk Mas, Jember, Indonesia. Jam menujukkan pukul 3.06 pagi. Kami sudah selesai sahur di sini. Di Malaysia mungkin masih lena lagi, berbelanja untuk persiapan raya atau ada yang mengambil kesempatan malam Ramadhan akhir ini dengan berQiam. Pasti rindu Ramadhan datang lagi.
.

Jalan-jalan di Kuala Lumpur pasti makin lengang dan lebuhraya utama dipenuhi kenderaan yang ingin pulang ke kampung. Berhati-hati di jalan raya. Pastikan rumah di kunci dengan baik. Minta jiran yang tinggal untuk lihat-lihat rumah kita.
.
.
Selamat bercuti semua dan selamat menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Monday, July 13, 2015

Apakah Penyusuan Eksklusif?

Teks : Nor Fahidayu Masran.

entry : 33




.
Salam Ramadhan yang ke 26. Ibu- ibu masih bertahan berpuasa sambil menyusukan anak? Alhamdulillah atas kekuatan yang diberikan Allah..

Penyusuan bayi secara eksklusif bermaksud di mana bayi hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Penyusuan eksklusif ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal

 Si manja hanya akan bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu pada usia enam bulan ke atas..Sebarang makanan yang masuk ke pencernaannya hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan proses penghasilan susu ibu secara semulajadi.























Tuesday, July 7, 2015

Mendidik Anak Adab Bertamu di Aidilfitri

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Koleksi peribadi

Entry : 32


Tak lama lagi Aidilfitri bakal tiba. Anak-anaklah yang paling gembira. Ibu ayah bawa pulang ke kampung menziarah saudara mara dan rakan taulan. Kadang-kadang kita risau anak buat perangai di rumah orang.

Didiklah anak dengan adab bertamu menurut ajaran Islam dan budaya ketimuran. Kongsikan adab-adab bertamu di Aidilfitri ketika di dalam kereta kemudian terus dipraktikkan setelah tiba di rumah yang hendak di ziarahi.

Antara adab-adab bertamu yang sesuai adalah :

  • Ucapkan salam sebelum masuk rumah
  • Bersalaman dengan tuan rumah dan bertanya khabar
  • Menjamah makanan setelah dijemput oleh tuan ruma
  • Ambil makanan sekadarnya supaya tiada pembaziran berlaku
  • Duduk di ruang tamu tanpa berkeliaran jika tiada izin tuan rumah
  • Tidak membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah



 Dedahkan juga anak-anak dengan kepentingan menyambut tetamu bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu." (HR.Bukhari)

  • Bermuka manis apabila menerima tetamu
  • Menjemput tetamu duduk dan menjamu selera
  • Bersalaman dengan semua tetamu 
  • Bantu untuk melayani  tetamu yang sebaya dengan mereka
  • Menghantar tetamu yang ingin pulang hingga ke muka pintu 

Belajar Memberi.  Didik rasa sifat syukur dikalangan anak-anak. Terbayang kegembiraan bila anak-anak menerima sampul duit raya dari saudara-mara mahupun jiran tetangga. Rancang dan berbincang dengan anak bagaimana mereka boleh berkongsi sebahagian duit raya mereka kepada orang yang lebih memerlukan. Ajarkan dan terapkan mereka dengan keinginan membantu dan keikhlasan dalam memberi. 


Pendedahan awal kepada kemahiran beradab dan berakhlak untuk kanak-kanak pastinya akan menjadikan lebaran tahun ini lebih bermakna. Selamat Mencuba!

Tindakan Awal Jika Bayi Demam, Mesti Tahu!

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Sumber Google
Entry : 31


Alhamdulillah, sudah berada dalam 19 Ramadham 1436hijrah. Kurang 10 hari lagi tibalah musim perayaan yang dinanti. Beraya dengan anak kecil pasti seronok dan sedikit mencabar tahun ini.

Apabila tiba musim perayaan, biasanya anak kecil mudah demam disebabkan cuaca panas dan dijangkiti kuman. Selain membawa bekalan ubat demam pulang ke kampung, ketahui teknik meredakan suhu anak yang demam untuk tindakan awal.

Demam bukan penyakit tetapi hanya gejala yang sering dialami oleh bayi bagi meningkatkan antibodi badan melawan penyakit. Suhu badan normal bayi adalah 36'c hingga 37'c dan suhu yang melebihi dan kekal 37'c menandakan anak demam. Bagi anak yang berusia bawah 6 bulan, suhu badan melebihi 37'c adalah dikira serius.  Jika ia kekal tinggi sehingga mencecah 40'c ia berisiko menyebabkan konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda

Tindakan Awal Jika Bayi Demam, Mesti Tahu!
Tindakan Awal Jika Bayi Demam, Mesti Tahu!

TINDAKAN AWAL JIKA BAYI DEMAM, SEJUKKAN BADANNYA


  • Periksa suhu badan bayi. Gunakan termometer raksaatau digital. Jika sushhu melebihi 37'c bermakna bayi anda demam.
  • Tanggalkan pakaian bayi, Badannya perlu disejukkan. Udara panas, pakaian yang tebal dan suhu dalam bilik boleh menyebabkan suhu badan meningkat. Lap anggota badannya dengan air paip, gunakan teknik sponge
  • Gunakan tuala kecil dan lap bahagian dahi bayi. Lakukan berulang kali sekitar dahi bayi anda
  • Lap bawah ketiak kedua belah kanan dan kiri. Lakukan secara berulang.
  • Basahkan lagi kain, dan lapkan bahagian badannya pula. Jangan lupa belakang badan dan lehenya juga.. Lap secara berulang.
  •  Bahagian kaki jangan dilupa. Lap kiri dan kaki anak bahagian betis dan tapak kaki juga.
  • Galakkan anak minum ar banyak, jika masih menyusu, susukan bayi dengan kerap. Ibu boleh ambil panadol atau lebihkan pengambilan Vitamin C
  • Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu naik mendadak dan demam masih melarat 

TINDAKAN IBU JIKA BAYI DI SERANG SAWAN


Serangan sawan boleh menyebabkan kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh membawa maut. Serangan sawan boleh berlaku jika suhu badan naik sehingga 40'c
  1. Jika berlaku serangan sawan ketika di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi umpama anda memandikannya
  2. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badan sudah mencecah 40'c. Anak akan kembali normal jika badannya kembali sejuk.
  3. pastikan anak anda menangis kerana ia tanda bayi kembali sedar. 
  4. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada)
  5. Segera bawa ke hospital untuk rawatan lanjut

Tonton Video ini. Ibu yang sangat prihatin dengan kesihatan anaknya. 
Apa dia buat untuk anak kurus kering dan selalu sakit.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?

Vitamin yang disyorkan untuk Kanak-Kanak Berusia setahun ke atas.

Mealshakes - Sejenis multivitamin yang boleh di bancuh dan di campurkan ke dalam susu. Snek dan minuman yang enak di ambil pada bila-bila masa. Baunya harum vanilla dan rasa yang sedap. Bantu meningkatkan selera makan anak dan antibodi melawan penyakit

Omega Guard - Minyak ikan Omega 3 dan Omega 6 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi amat penting untuk tubuh. Ia bantu meningkatkan imuniti badan dan bagus untuk fungsi serta perkembangan otak kanak-kanak. Omega juga bantu melegakan batuk berkahak serta kanak-kanak yang ada asma. 

HARGA VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK RM 249
 

Nor Fahidayu Masran
Sms @ Wasap : 0162853148

Friday, July 3, 2015

7 Tip Penjagaan Berpantang Selepas Bersalin Agar Kembali Sihat dan Langsing

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Sumber Google
Entry : 30



Ada ke yang baru bersalin atau sedang menunggu masa nak bersalin? Berpantang di musim perayaan pasti mencabar. Sangat mencabar nafsu ibu! Sebab saya sendiri pernah menjalani tempoh berpantang di musim perayaan ini.

Apakah ibu masih terbayang lagi kesakitan saat-saat melalui proses melahirkan? Seluruh tenaga dikerah demi mengeluarkan bayi dalam kandungan, segala urat dalam badan terputus apalagi ibu yang melahirkan secara pembedahan. 

Serentak mendengar tangisan bayi, peluh dan rasa sakit yang dialami terasa berbaloi. Selepas selesai semuanya, baru terasa sakit badan sana sini. 

Oleh yang demikian, ibu janganlah pandang remeh soal penjagaan berpantang selepas bersalin demi menjaga kesihatan ibu sendiri. Ia adalah satu tempoh bagi memulihkan semula luka-luka dalaman.  Banyak masalah yang akan timbul jika ibu mengabaikan penjagaan ketika tempoh berpantang dari segi fizikal dan juga mental ibu sendiri. Ingat ye, badan ibu nak pakai lama. Kalau sayangkan badan, sayangkan kesihatan dan sayangkan suami serta keluarga, jagalah dalaman ibu dengan baik.


7  Tip Penjagaan Bersalin Agar Kembali Sihat dan Langsing 

 

 1. BERTUNGKU - Jangan sesekali kita ambil mudah dengan amalan bertungku ini. Ia mampu membantu proses pengecutan batu merian, memecahkan darah beku dan lemak yang terkumpul dibawah perut dapat dipecahkan. Dalam Islam sendiri menggalakkan amalan ini kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa. Ambil B-complex yang sangat membantu memulihkan saraf dan mengawal emosi atau mood swing.


panaskan batu sungai selama 15 minit, 
balut dengan daun mengkudu dan lapiskan kain.


2. BERURUT - Berurut bantu melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Akibat meneran untuk mengeluarkan bayi, kita gunakan sepenuh tenaga yang ada. Lepas bersalin badan akan terasa lemah dan perlu dipulihkan kembali. Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Sentiasalah memakai stokin dan baju panas supaya badan tidak cepat masuk angin dan berasa sejuk.


Berurut dapat melegakan sakit-sakit badan dan melancarkan susu ibu


3. BERBENGKUNG -  Bengkung bukan sahaja merampingkan tetapi ia bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia  juga membantu mendapatkan patkan kembali badan yang langsing. Berbengkunglah selepas mandi pagi hingga keesokan hari. Lihat hasilnya selepas habis berpantang. Anda pasti terkejut!!



4. Berpilis - JANGAN BENCI BAU PILIS. Khasiatnya sungguh menakjubkan. PILIS membantu menenangkan, menghilangkan rasa pening dan sakit kepala akibat menggunakan tenaga yang banyak semasa meneran dan kehilangan darah. Buat sendiri Pilis dengan menumbuk kulit kayu manis sehingga halus. Campur sedikit air dan tepelkan di dahi.




5. MANDI AIR REBUSAN DAUN - Kembalikan kesegaran urat dan  tubuh dengan mandian air rebusan daun.  Anda boleh gunakan daun herba seperti sintok, daun mengkudu, serai wangi, daun pandan yang banyak terdapat di keliling anda. Buat mandi setiap pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang.


6.  MINUM UBAT PERIUK - Ramai yang tak suka ubat periuk ini kerana rasanya yang pahit. Sebenarnya ia amat baik untuk kesihatan bagi melancarkan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.  Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin dalam badan selain menaikkan seri muka agar tidak pucat. 



7.  TIDUR DAN REHAT YANG CUKUP - Walaupun ibu kalut sedikit dengan kehadiran bayi, tetapi ibu juga perlukan tidur dan rehat yang cukup. Dapatkan bantuan atau minta pasangan membantu dalam tempoh minggu pertama berpantang. Utamakan tidur dan rehat yang cukup kerana ia membantu mengembalikan tenaga anda semula. 


Ketahuilah ibu, tidak ada jalan mudah untuk tampil sihat, langsing dan menawan selepas bersalin.  Berpantang secara teratur dan anda akan dapat hasilnya nanti.


SELAMAT BERPANTANG DAN GEMBIRA SAMBIL MENYUSUKAN BAYI!




Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Amal Til Jannah
Entry : 29


Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan ke-16. 

[PROJEK AMAL TILL JANNAH]
Ramadhan giveaway contest (1 july - 31 july 2015)

Jom ramai-ramai blogger join, sambil support program AMAL TILL Jannah​

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY
MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah

1) Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015
2) Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 
3) Misi ATJ: membantu anak2 yatim,tahfiz, umah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan
4) Objektive - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah
5) Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan
6) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt.
  Antara Hadiah MENARIK yang disediakan : 
 
 
Hadiah Pertama 1x Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) 1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM) 1x Buku Amalan Orang Soleh 
 
Hadiah Kedua 1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM) 1x Sampul Raya ATJ 1x Buku Amalan Orang Soleh 
 
Hadiah Ketiga 1x Stiker Kereta ATJ 1x Buku Amalan Orang Soleh 1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)  
Hadiah Keempat - Kesepuluh 1x Buku Amalan Orang Soleh 1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
Cara Menyertai MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY amat mudah
 
Klik sini untuk tahu cara nak sertainya
 
TARIKH PENYERTAAN BERMULA DARIPADA 1 JULAI - 31 JULAI
 
JOM KITA MERIAHKAN MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY INI

Wednesday, July 1, 2015

Cara Berhenti Merokok Tanpa Rasa Stress

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 28


Ada yang berazam nak berhenti merokok tahun ini? Sudah masuk bulan Julai 2015, adakah anda sudah berjaya melalui kehidupan harian tanpa rokok? 




Ramai orang nak berhenti merokok tetapi gagal. Ini cara paling selamat & mudah untuk berhenti merokok untuk selama-lamanya,


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya


Ramai telah berjaya berhenti merokok hanya dengan sebotol Vivix. Sejenis tonik dari Shaklee dan produk ini adalah produk berpaten. Jadi, tiada syarikat lain yangboleh meniru resepi vivix ini.

Vivix adalah daripada buah-buah beri dan anggur muskad yang tinggi kandungan antioksidanya. Selain bertindak sebagai agen awet muda, ia juga adalah agen penyahtoksin yang mampu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang terperangkap di dalam tubuh. 

Bayangkan pula kandungan kimia di dalam badan seorang perokok. Nikotin yang ada di dalam paru-paru perlu disingkirkan untuk mengelakkan ketagihan merokok. Di sinilah fungsi Vivix ini.

VIVIX bertindak dari peringkat sel membuatkan rokok rasa pahit seperti hempedu.


TESTIMONI BERJAYA BERHENTI MEROKOK 
DENGAN VIVIX SHAKLEE

Cara Berhenti Merokok Tanpa Rasa Stress
perokok tegar berjaya berhenti merokok selepas seminggu minum vivix tanpa disedari
Cara Berhenti Merokok Tanpa Rasa Stress
Hisap rokok rasa sesak dada.
Cara Berhenti Merokok Tanpa Rasa Stress
BAru 4 hari , tak lalu nak hisap rokok dah

Cara Berhenti Merokok Tanpa Rasa Stress

 
Cara Berhenti Merokok Tanpa Rasa Stress
tiada lagi keinginan pada rokok

ANDA JUGA INGIN BERHENTI MEROKOK TANPA STRESS?

DAPATKAN SEBOTOL VIVIX HARI INI

Berhenti merokok dengan cepat untuk selama-lamanya demi kesihatan dan kesejahteraan keluarga tercinta. 

Bulan Julai 2015 adalah bulan promosi VIVIX.
Beli 2 botol dapat 5% diskaun
Beli 6 percuma sebotol

Harga RM475 sebotol
Jadi ahli untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah!



Hubungi saya untuk info lanjut

Nor Fahidayu Masran
0162853148
norfahidayu@gmail.com