Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran (sumber google)
Entry : 5
Perlukah beli pam payudara untuk wanita bekerjaya yang nak susukan anak sepenuhnya?
.
Mungkin ini menjadi satu persoalan bagi ibu-ibu yang baru pertama kali berazam nak susuķan anak sepenuhnya walau sedang bekerja.
Mungkin ini menjadi satu persoalan bagi ibu-ibu yang baru pertama kali berazam nak susuķan anak sepenuhnya walau sedang bekerja.
Bagi saya, terpulanglah kepada ibu. Ada ibu yang lebih selesa
menggunakan teknik marmet sahaja, ada juga yang perlukan breastpump.
Keperluan pam payudara bergantung kepada ibu sendiri. Jika ibu bekerja
di tempat yang selesa, mungkin sokongan breastpump tidak diperlukan.
Pam payudara lebih penting kepada ibu yang bekerja di tempat yang kurang selesa atau bagi menjimatkan masa. Double electric breastpump sangat sesuai untuk ibu yang selalu sibuk. Sambil buat kerja, ibu boleh mengepam. Penggunaan handfree breastpump adalah sangat sesuai. Terdapat banyak pilihan breastpump single atau double dipasaran sekarang. Rasanya tidaklah terlalu mahal dan mampu dimiliki jika nak dibandingkan dahulu. Boleh kira penjimatan wang membeli pam payudara dan menyusukan anak dengan susu ibu, dengan menyusukan anak dengan susu formula. Kira perbelanjaan dan perbezaannya.
.
Bagi ibu yang kekurangan bajet untuk membeli pam payudara, ibu boleh sahaja gunakan pam manual. Macam saya sebelum ini, hanya guna pam manual unimom mezzo sahaja. Tak perlu pam yang mahal, asalkan berbaloi dan dapat membantu sesi mengepam semasa bekerja, itu sudah cukup baik.
Manual Unimom Mezzo |
Anda ibu bekerjaya sedang mencari pakej pam payudara? Boleh dapatkan
dari saya. Saya sedia membantu ibu dan memberikan konsultasi berkaitan
penyusuan secara percuma.