Google+ Badge

Friday, June 12, 2015

7 Petua Kurangkan Bengkak Susu yang Menyakitkan Semasa Berpantang

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Sumber Carian Google

Entry : 18

Petua nak kurangkan bengkak susu semasa berpantang. Ramai yang mengalami masalah ini selepas melahirkan anak.

Siapa ada pengalaman bengkak susu? Biasanya terjadi lepas bersalin dalam pantang seminggu pertama.
Bagaimana nak hilangkan bengkak susu? Memang sakit. Dah kerap susukan bayi pun masih belum reda. Susu pula tak keluar, nak keluar  pun macam malu-malu keluarnya. 

Ok. Saya kongsikan tip kurangkan bengkak susu pula di sini.



1. Seharusnya semasa hamil lagi buat ini, bersihkan nipple dengan berus gigi lembut. Ia bagi mengelakkan liang susu tersumbat. Jadi, pengaliran susu lebih lancar lepas bersalin.

2. Ketika berpantang, jika terjadi bengkak susu boleh tekap payudara dengan kelopak kobis.  
Amaran : Jangan tekap terlalu lama, akan menyebabkan kering susu. Cara yang betul adalah tekap sekejap dan selangkan dengan menuam payudara dengan tuala suam. Buat selang-seli, panas dan sejuk.

Kelopak Kobis bantu legakan bengkak susu
Kelopak Kobis bantu legakan bengkak susu

 3. Petua orang tua, urut guna belakang sikat. Lurutkan dari atas ke bahagian puting perlahan-lahan.

4. Urutan. Urut belikat belakang. Minta suami urutkan. Guna ibu jari, letak di sebelah tulang belakang dan tolak ke luar.   Urutan ini dapat melegakan bengkak susu dan melancarkan aliran susu. Boleh juga panggil tukang urut wanita bersalin. Jangan tersalah tukang urut ye, sebab pernah terjadi tukang urut tersalah urut (matikan urat susu) menyebabkan susu tiba-tiba tak keluar (kering).


cara urutan payudara
cara urutan payudara

5. Telan lecithin. Lecithin bertindak mengelmulsi lemak-lemak susu. Ia dapat melegakan bengkak susu dan melancarkannya. Pilihlah Lecithin Shaklee yang juga dapat meningkatkan kesihatan selepas bersalin dan semasa menyusukan anak disamping dapat menurunkan berat badan. Hubungi saya untuk pesanan vitamin Shaklee. Sebotol Lecithin berharga hanya Rm 53.75 sahaja.

testimoni Lecithin legakan bengkak susu
testimoni Lecithin legakan bengkak susu
6. Boleh juga tekap dengan daun sirih yang disapu dengan minyak zaitun yang dilayurkan.

7. Kerapkan mengepam jika bayi tidur. Boleh buat stok susu anak bila naik kerja nanti. Jika nak beri anak menyusu ketika payudara bengkak, picit dahulu payudara dan keluarkan susu supaya bayi mudah menghisapnya. Keadaan paydara yang terlalu bengkak akan menyukarkan sesi penyusuan anak. Biarkan sedikit lembut terlebih dahulu.


Jika masih tidak reda juga, sila berjumpa doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Jangan biarkan ia berlarutan.


Amalkan gaya hidup sihat dan petua - petua yang tidak memudaratkan kesihatan kita.
Semoga bermanfaat.


Hubungi saya untuk pesanan di 0162853148