Sunday, January 3, 2016

Tahun Baru Persekolahan 2016

Alhamdulillah. Sudah berada di tahun 2016 kita.

Esok anak-anak mula bersekolah. Ada sesi pagi, ada sesi petang. Tambah seorang lagi masuk tadika 5 tahun. Mujur sekolah di bawah flat sahaja. Duduk di sini sekolah semua dekat-dekat. Sekolah menengah, sekolah rendah malah sekolah tadika juga banyak pilihan. Sediakan sahaja belanja yang cukup untuk mereka. Mahal atau murah hanyalah pilihan.

Apa reaksi anak nanti ya? Terutama anak yang baru pertama kali masuk ke alam persekolahan. Anak ketiga saya ini baru pertama kali. Tidak pernah masuk dalam mana-mana taska.

Teruja nak tengok dia masuk sekolah dan dapat kawan baru. Beg dan kasut sekolah sudah di bawa ke hulur ke hilir. Harapnya nanti dia seronok dan mahu ke sekolah setiap hari.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang baik, soleh dan berjaya dunia akhirat.