Google+ Badge

Tuesday, June 23, 2015

Kelas Online Belajar Bina Blog Bisnes atau Penulisan ABDR


Teks : Nor Fahidayu Masran
Entry : 26


Saya adalah pengurus online Abdr. Boleh mendaftar dengan saya pada bila-bila masa untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga abdr.



Di Akademi Bekerja di Rumah, kami menawarkan kelas-kelas seperti berikut :-
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 900 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.


2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.


3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet. Belajar bagaimana untuk mendapat RM50-100 untung bersih hanya melalui produk akademi, produk dan servis atas talian.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
 

Apakah matlamat utama kelas ini :


1. Memberi pencerahan dan ruang kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan sebagainya
2. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online'.
3. Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.

Bagaimana kelas ini dijalankan?


Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut. 
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan. 
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?


Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja tak ada masa?


Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes. 
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Yuran Pakej 1 :  Rm 150

 
Yuran Pakej 2 : Rm180
Yuran Pakej 3 : Rm 200


Yuran Pakej 3 - RM 200
(berpeluang untuk menjadi Pengurus Online Akademi)
 
Pilih untuk sertai kelas :
i. Blog asas penulisan
ii. Blog mula bisnes produk sendiri
iii. Blog mula bisnes dropship ABDR 
(Pilih antara pilihan produk makanan, makanan sunnah, produk islamik)

Yuran Pakej 4 - RM 300 
(Kelas asas blog penulisan & blog mula bisnes - dapat belajar dalam 2 kelas serentak)
> Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook rahsia khdmat pelanggan)
> Beriklan di soho directory 2 tahun
> Berpeluang menjadi Pengurus Online akademi
> Jika memilih untuk dropship ABDR (dapat 2 pilihan produk)
 i. produk makanan + produk sunnah
ii. produk makanan sunnah + telekung solat 
iii. produk makanan sunnah + produk islamik


Yuran Pakej 5 - RM 250 (Kelas blog borong runcit telekung solat)
> Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes) 

 

Untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan, hubungi saya,


(Nor Fahidayu Masran - Pengurus Online ABDR)
Email : norfahidayumasran@gmail.com

sms / whatsapp : 0162853148

Monday, June 22, 2015

Belajar Etika Menulis Di Kelas Akademi Bekerja Di Rumah (Abdr)dan Jana Pendapatan Sebagai Pengurus Online Abdr

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Akademi Bekerja di Rumah (Abdr)
Entry : 25

Setelah hampir sebulan saya mengikuti kelas Akademi Bekerja di Rumah (Abdr), banyak yang telah saya pelajari. Rupa-rupanya menulis blog tidak boleh semborono bagi menarik minat pembaca datang ke blog kita.

Antaranya adalah, kita kena tahu etika menulis.

Etika menulis :

1. Kita mahu menulis tetapi tidak ada idea. Mulalah dari diari harian dan kisah pengalaman diri sendiri dahulu.

2. Kita mahu berkongsi dan mahu memberi inspirasi. Banyak idea dan penulisan orang lain lalu kita teruja copy dan tekan butang share. Pastikan ada sumber asal penulis tersebut.

3. Kita baca dan ambil semula poin kisah inspirasi tersebut, kemudian buat olahan baru menggunakan ayat sendiri. Inilah dinamakan tulis semula dan berikan idea segar yang baru.

4. Keterujaan utama apabila di facebook melintas kisah atau ayat ayat menginspirasikan. Kita copy, paste dan kongsi semula di status tanpa meletak sumber asal. Ini tidak beretika langsung.

Sumber : Kelas asas blog dan penulisan.

Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah :

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah

> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan

> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm

> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah :

1. Kelas asas blog dan penulisan

-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online

-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh.

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Hubungi saya jika sudah sedia.
Nor Fahidayu Masran
E-mail : norfahidayumasran@gmail.com

#PengurusOnlineAbdr
#abdr
#akademiBekerjadiRumah
#pengurusOnlineAbdr

Saturday, June 20, 2015

7 Tip Buat Ibu Menyusu Berpuasa Tak Cepat Letih & Kekal Bertenaga

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Koleksi Peribadi
Entry : 24


Alhamdulillah. Sudah sampai ke Ramadhan yang ketiga kita hari ini. Ibu-ibu menyusu sekalian, bagaimana keadaan anda? Masih bertahan?
Semoga terus bertahan ye. Banyak pahala ibu di bulan puasa ini. Pahala menyediakan makanan untuk keluarga di samping pahala menyusui anak demi hak dan kesihatannya. Alhamdulillah, semoga Allah berikan kita kekuatan dan merahmati.


Hari ini saya kongsikan beberapa tip untuk ibu menyusu kekal bertenaga walau berpuasa. Semoga ia memberi manfaat. :)

Tip ibu menyusu berpuasa tak cepat letih
7 Tip Ibu Menyusu Berpuasa Tak Cepat Letih
 

7 Tip buat ibu menyusu berpuasa agar tidak cepat letih dan kekal bertenaga.



1. Ibu mesti bersahur dan berbuka makan nasi & yang seimbang. Banyakkan makan sayur dan buah. Elak makanan berempah & pedas keran ia buat badan terhidrat, begitu juga kafein.

2. Minum air banyak bermula waktu berbuka hingga sahur sekurang-kurang 2.5 liter.
Cara dapatkan 8 gelas air di bulan puasa  1 gelas = 200 ml

Segelas ketika berbuka, 1 gelas selepas makan berbuka,  1 gelas selepas solat maghrib,1 gelas selepas tarawikh, 1 gelas sebelum tidur, 1 gelas lepas bangun tidur, 1 gelas sebelum sahur dan segelas lagi selepas makan sahur. Mudah ke mudah? :)

3. Pam seperti biasa waktu siang jika ibu bekerja.

4. Jaga mindset, sentiasa positif.

5. Elakkan stress /tekanan. Stress memberi kesan kepada produksi susu ibu.

6. Makan kurma. 3 biji waktu berbuka,3 biji lepas tarawikh dan 3 biji lagi waktu sahur. Ibu juga boleh rendam 3 biji kurma di dalam susu waktu malam dan kisar waktu sahur. Minumlah di waktu sahur. Nak sedap lagi masukkan sedikit ais. Insya- Allah, ia beri rasa kenyang dan buat badan ibu lebih bertenaga.

6. Buat power-pumping seminggu sekali. Kaedah ini membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

7. Ambil makanan tambahan/ vitamin jika perlu (saya suka Esp dan Performance Drink yang bantu bekalkan tenaga serta mencegah dari dehidrasi). 

Testimoni set vitamin ibu menyusu berpuasa
Testimoni ibu menyusu berpuasa kekal cergas dengan Set Shaklee


 Ini vitamin pilihan saya :) sebab ;

Esp - bantu bekalkan tenaga sepanjang hari malah memberikan kesan kulit yang anjal dan cerah. Saya suka campurkan bersama susu segar, kurma dan dikisarkan. Masuk sekali air batu. Sedap!

 Performance Drink - dengan rasa oren yang sedap, minuman tanpa karbonat yang bertindak mencegah dehidrasi juga memngembalikan bendalir yang hilang ketika berpuasa. Ia seperti 100plus tapi Performance lebih berkhasiat.

Saya juga tambah 2 lagi vitamin terbaik ini di dalam diet harian saya :-

Alfalfa sebagai perangsang susu ibu selain membantu menyahtoksin dan cuci usus serta darah. Ia juga bertindak sebagai kacip fatimah moden, jadi tak perlu lagi makan jamu. Hihii..

Ostematrix saya ambil sebelum tidur dan selepas makan sahur. Saya suka! Sebab Ostematrix melegakan sakit-sakit badan dan beri tidur yang lena walaupun sekejap. Biasalah, badan kita letih dan sakit-sakit  kerana menyusukan anak, buat kerja-kerja rumah dan bekerja. 

Esp - 850gm (Rm 150)
Performance Drink

Alfalfa - 330bj (Rm 53.75)
Ostematrix  - 120bj (Rm61)
Kos pengeposan Rm10
Untuk pesanan, hubungi saya
Nor Fahidayu Masran
Sms @ Wasap 0162853148 
Email : norfahidayumasran@gmail.com


Ok. Semoga ibu-ibu semua dapat mempraktikkannya agar kita dapat berikan yang terbaik untuk bayi kita.

Wednesday, June 17, 2015

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Kuala Lumpur 2015

Teks : Nor Fahidayu Masran

Entry : 23


Selamat malam semua. Mungkin semua sedang berehat selepas menunaikan solat tarawih. Alhamdulillah.

.
Di sini ingin saya kongsikan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya tahun 2015 / 1436 hijrah

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa bangun sahur esok ye!

Resepi Bebola Daging Buat Sendiri Di Rumah

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 22


Esok puasa ye. Jangan lupa niat puasanya. 

Terajin sikit malam ni. Buat bebola daging untuk dibekukan. Boleh guna bila-bila masa nak makan nanti. Lagi-lagi bulan puasa, semua nak buat cepat. Kalau balik kerja terlewat, bolehlah terus masak. Boleh juga simpan paste sambal, asam pedas, kari atau apa sahaja. Senang dan memudahkan kerja ibu bekerja, dalam 20 minit boleh siap masak.

Ok. Saya nak kongsi resepi bebola daging pula. Resepi ini saya buat cara saya sebab ingat-ingat lupa resepi sebenar. Asal jadi dan sedap boleh dimakan.


Resepi Bebola Daging
Resepi Bebola Daging

Resepi Bebola Daging


Bahan-bahannya :

1/2 kilo daging dikisar halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong halus
2 sudu besar tepung ubi
Sebiji telur (dikocak dulu)
Sedikit Daun sup (agak-agak sahaja)
Sedikit lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali telur. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Agak-agak boleh dibulatkan. Jangan basah sangat. 

Bulat-bulatkan ikut saiz yang anda suka. Nak besar boleh, kecil pun boleh. Simpan dalam peti beku dalam 30 minit dan bolehlah di masak ikut kesukaan anda. Boleh di goreng, dibakar atau di celur. Sedap juga masuk dalam spagetti.

Selamat Mencuba!

Ulangkaji Bab Puasa di Bulan Ramadhan

Teks : Nor Fahidayu Masran

Entry : 21


Maghrib nanti berjumpalah kita dengan bulan Ramadhan dan bermulalah malam pertama Solat Tarawikh. Sudah bersediakan kita? Jom kita ulangkaji sama-sama.


Surah Al-Baqarah :183 - 

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).


Ulangkaji Bab Puasa:-

Niat Puasa - "Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-


1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (darhaid & nifas)


Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan


Rukun-rukun Puasa:-


1. Orang yang berpuasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa:-


1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )


Perkara Sunat Ketika Puasa:-


1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma / juadah manis
3. Membaca doa
4. Melambatkan bersahur sebelum masuk waktu imsak
5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dari percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh


Perkara makruh Ketika Puasa :-


1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah


Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-


1. Orang sakit yang ada harapan sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam / mabuk
7. Orang yang sangat lapar & dahaga


Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-

1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Orang yang terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil daripada harta pusakanya )
5. Perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.


Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:


* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seperti:-

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki / Perempuan. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 org fakir miskin.

Bagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.


Tingkatan Puasa:-


1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati daripada semua keinginan lahir & batin.


Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan hamil  atau menyusukan anaknya yg apabila berpuasa boleh memudaratkan diri atau anak yang disusui itu.


Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan ini lebih baik dari tahun lepas. Mari kita tingkatkan amalan di bulan Ramadhan dan perbanyakkan bersedekah. 


Salam Ramadhan 1436h.


Tuesday, June 16, 2015

Selamat Hari Lahir Mak!

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran

Entry : 20

Tanggal 16 Jun 1961, adalah hari lahir mak. Dan hari ini genaplah umur mak 54 tahun. Muda lagi kan?

Selamat hari lahir mak, Along sayang mak dunia akhirat. Semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak melimpah ruah dan sentiasa di dalam lindungan-NYA.

Hari ini kami 8 beradik menyambutnya di Ulu Yam Bharu. Angah belikan kek, Uda beli sate dan Aizat beli ayam goreng KFC. Makan kenyang kami malam ini. Adik-adik yang lain juga seronok. Terlihat wajah ceria mak bila anak-anak balik berkumpul di rumah.

Saturday, June 13, 2015

Cabaran dan 5 Tip Berpuasa Bagi Wanita Hamil Kekal Bertenaga

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Carian google
Entry  :19

 

Cabaran berpuasa ketika hamil. 


Mungkin tahun lalu anda mampu menyempurnakan ibadah puasa sebaik-baiknya. Namun, tahun ini hati berasa sedikit gusar dan tertanya-tanya adakah diri anda mampu melaksanakannya kerana kini anda telah berbadan dua. Ada kala sihat, ada kala terasa begitu lelah. Jadi, apakah persediaan yang harus anda lakukan bagi memastikan anda mampu berpuasa dan dalam masa yang sama bayi dalam kandungan sentiasa sihat.
 

Tetapi jika ibu menghadapi masalah seperti  Diabetes Mellitus, penyakit buah pinggang, penyakit hati yang tidak berfungsi, penyakit bronchial asthma yang kuat, tekanan darah tinggi, kehamilan kembar, berisiko melahirkan bayi pramatang yang mana dikhuatiri akan mendatangkan masalah kepada ibu sendiri dan yang lebih penting akan menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan janin yang dikandung. Maka, ibu ini tidak digalakkan untuk berpuasa.

 
Cabaran dan 5 Tip Berpuasa Bagi Wanita Hamil Kekal Bertenaga
Cabaran dan 5 Tip Berpuasa Bagi Wanita Hamil Kekal Bertenaga

TANDA-TANDA AMARAN YANG DINASIHATKAN TIDAK MENERUSKAN BERPUASA



 Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, anda adalah tidak digalakkan untuk meneruskan berpuasa.
  • rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat
  • rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain mengambil ubat penahan sakit
  • rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan berbau hancing. Keadaan ini menandakan fenomena dehidrasi. Anda harus berbuka dengan segera kerana ia membahayakan diri dan bayi
  • Kekurangan pergerakan bayi dalam kandungan. Kurangnya pergerakan ini menunjukkan bayi kekurangan nutrien. Maka, dengan makan dan minum nutrien dapat disalurkan kepada bayi anda
  • Terasa rahim mengeras (kontraksi). Ianya mungkin mengakibatkan kelahiran bayi pramatang
  • berat badan ibu menurun

Selain mempunyai masalah kesihatan, ibu juga selalunya tidak digalakkan berpuasa terutama pada trimester pertama iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Ini adalah kerana, pada saat inilah bayi memerlukan nutrien yang secukupnya disamping pada peringkat awal ibu selalu mengalami komplikasi seperti morning sickness. samping  

 

4 TIP BERPUASA BAGI WANITA HAMIL


Amalan pemakanan yang seimbang dan mengambil gizi yang diperlukan membantu memberikan kecergasan dan kesihatan yang optimum walaupun ketika berbadan dua. Tip ini adalah daripada pakar diet, Puan Siti Zafirah Md Reeza.

Amalkan pemakanan seimbang ketika hamil
  1. Jangan lupa sahur. Sahur adalah penting bagi memastikan pembekalan tenaga optimum untuk seharian berpuasa.
  2. Banyakkan minum air ketika waktu sahur dan berbuka untuk memastikan tubuh badan sentiasa dalam hidrasi yang mencukupi.
  3. pengambilan serat yang tinggi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan terutama ketika berbuka puasa dan sahur adalah perlu bagi mendapatkan sumber vitamin pranatal seperti zat besi, asid folik, vitamin c dan vitamin A
  4. Rancang hari anda supaya anda dapat berehat secukupnya. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang - barang berat. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas keran ini boleh menyebabkan anda ternyahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  5. Amalan mengambil makanan sunnah dan makanan tambahan lain adalah sangat digalakkan. Untuk Set Vitamin Ibu Hamil, anda boleh dapatkan daripada saya. 


    Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa

    Sms @ Wasap 016-2853148