Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Google
Entry : 16
Tahukah anda 12% di kalangan orang dewasa menghidap migrain? Kebanyakannya adalah wanita yang masih dalam kedatangan haid. Saya juga tidak terlepas dari rasa sakit kepala ini. Sakitnye terasa sampai ke bahu, mata, dan hidung. Bila
nak solat, masa rukuk dan sujud terasa biji mata macam nak terkeluar dan
kepala rasa tak boleh nak angkat. Bila ia menyerang, apa kerja
pun tak boleh buat, rasa nak baring sahaja.
Adakah anda juga rasa seperti saya? Ketahui tanda-tanda migrain dan cara merawatnya tanpa ubat.
TANDA-TANDA TERKENA MIGRAIN
- rasa nyeri dan berdenyut-denyut di sebelah kepala dan merebak ke bahagiaan hidung serta sekitar mata
- pandangan menjadi kabur, silau dan kadang-kadang menjadi gelap. Boleh menyebabkan pitam dan ini dinamakan fotobia
- 70% pesakit migrain akan merasa loya dan muntah
- Serangan migrain sering terjadi dalam tempoh 7-72jam
- rasa sensitif pada bunyi dan suara serta badan berpeluh
Migrain adalah disebabkan oleh pengecutan urat darah dalam otak yang mana ia boleh menyebabkan berlakunya strok jika tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan. Punca utama migrain masih tidak dapat
dikenalpasti tetapi ada kemungkinan disebabkan baka keluarga. Sila buat
pemeriksaan scan otak sekiranya migrain anda berlarutan dan lambat sembuh.
pengecutan urat darah dalam otak |
CARA ELAK TERKENA MIGRAIN
Ini adalah sekadar usaha untuk mengelakkan migrain.
- Jangan minum minuman berkafein dan elak makan makanan yang tinggi bahan pengawet seperti yang mengandungi MSG
- Elakkan makan makanan yang mengandungi thyamine seperti keju dan minuman keras
- Elakkan stress dan tekanan
- Tidur secukupnya
- Makan ikut waktu
- Elakkan dari pancaran terik sinar matahari
RAWATAN MIGRAIN
- Mengikut sunnah , ikat kepala dengan kain / serban, berbekam atau berinai di kepala
- Makan ubat, paracetemol atau pain killer
- berehat di dalam bilik gelap dan sunyi tanpa gangguan
- ambil supplemen bagi yang tak suka makan ubat. Makan ubat kerap sangat pun tak baik untuk kesihatan kita.
CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK PESAKIT MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA
1) B-COMPLEX - ia dapat mengawal tekanan darah yang normal dan mengurangkan stress. B-complex di ambil sebiji sehari setiap pagi selepas sarapan
2) OSTEMATRIX -
memberi kelegaan terhadap ketegangan otot-otot dan dapat memberi tidur yang lena
dan berkualiti. Di ambil sebanyak 4 biji sebelum tidur. Insya-Allah, bila bangun waktu pagi, kepala anda akan rasa lebih ringan, badan tidak lesu dan letih.
HARGA : RM114.75
Hubungi saya untuk pesanan
Sms @ Whatsapp : 0162853148