Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Info : Blog PumpOnTheGo
Entry : 14
Ini adalah perkongsian dari blog pump on the go yang telah saya edit sedikit. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dan berazam untuk menyusukan anak sehingga berjaya, boleh ikut tip yang diberikan.
Saya kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama.
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com
Tips ini telah membantu saya berjaya memulakan penyusuan dengan baik dan masih bersemangat sehingga hari ini. 7 perkara yang menjadi amalan saya sepanjang kehamilan Aydin ialah :
Foto : Nor Fahidayu Masran
Info : Blog PumpOnTheGo
Entry : 14
Ini adalah perkongsian dari blog pump on the go yang telah saya edit sedikit. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dan berazam untuk menyusukan anak sehingga berjaya, boleh ikut tip yang diberikan.
Saya kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama.
7 TIPS BANTU BERJAYA MENYUSU SEJAK HAMIL |
7 TIPS BERJAYA MENYUSU SELEPAS BERSALIN
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com
Tips ini telah membantu saya berjaya memulakan penyusuan dengan baik dan masih bersemangat sehingga hari ini. 7 perkara yang menjadi amalan saya sepanjang kehamilan Aydin ialah :
1. RESET MINDA
Doa ibu
adalah doa yang sangat mustajab. Betapa berkatnya doa ibu, hanya dengan
lintasan hati kita sahaja, Allah akan memakbulkan perkara itu dengan
izin-Nya. Jadi apa sahaja yang difikirkan kita, akan menjadi kenyataan
jika dimakbulkan oleh Allah.
Tanamkan
dalam diri, minda dan hati ketika bayi masih belum dilahirkan ini,
bahawa anda akan menyusukannya sampai 2 tahun lengkap usianya. Susu anda
pasti cukup sehingga 2 tahun itu.
Ulang ayat ini setiap hari. Setiap kali anda memegang dan membelai perut anda yang sudah makin membesar itu.
2. KELAS PENYUSUAN
Kalau dahulu
sebelum berkahwin anda tak pandai memasak, bila dah kahwin sanggup
memperuntukkan masa untuk belajar memasak dari kelas-kelas, mendapatkan
buku-buku resepi, atau belajar dengan ibu mertua sehingga mahir.
Sama juga
dengan penyusuan. Peruntukkan masa untuk menghadiri kelas atau seminar
penyusuan untuk belajar dengan lebih terperinci tentang penyusuan.
Dapatkan bahan bacaan mengenai breastfeeding, dan make time to read them. ~ Jangan beli saja, tapi bacanya tidak. Hihi. ~
3. BERKONGSI ILMU
Berkongsi
pelajaran dari kelas atau artikel yang dibaca dengan suami, ibu atau
rakan-rakan anda. Sebenarnya kita akan menambah pemahaman dalam sesuatu
perkara atau ilmu yang diperolehi jika kita kongsikan ilmu itu dengan
orang lain.
Pesanan penaja: Terima kasih suamiku kerana sanggup menerima longgokan ilmu penyusuan sepanjang kehamilan anak kita.
4. BREAST MASSAGE
Sejak dari 6
bulan usia kandungan, saya mula mengamalkan breast massage. Saya
percaya, urutan perlahan pada payudara boleh membantu melonggarkan
saluran susu dan membantu kita melegakan rasa kurang selesa pada
bahagian payudara semasa hamil. Saya juga mengamalkan urutan dan picitan
pada bahagian tampuk hitam apabila usia kandungan mula mencecah 8
bulan.
Alhamdulillah, cecair kolostrum sudah mula keluar dari usia kandungan 8 bulan. (Maka lebih confident nak menyusu..)
5. SURAH AL-HUJURAT
Memetik
perkongsian Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood antara amalan bacaan surah
oleh ibu hamil adalah Surah Al-Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu
dan supaya anak mempunyai sifat berhati-hati. Surah ini menjadi amalan
saya setiap hari semasa mengandung kali kedua, tanpa jemu, dengan niat
mahu dipermudahkan penyusuan selepas kelahiran bayi nanti.
6. PEMAKANAN SIHAT
Jika semasa
kehamilan Aariz dulu, saya masih culas-culas memasak, berbeza dengan
situasi semasa kali kedua mengandung. Saya amat menitikberatkan
pengambilan makanan saya. Saya sebolehnya akan memasak di rumah dan
mengelakkan makanan yang tidak sihat. Lebihkan makan buah-buahan dan
sayuran. Minum air masak yang banyak berbanding air manis. Badan lebih
kuat kerana mengamalkan makanan yang sihat.
Amalkanlah pemakanan yang seimbang dan mengambil vitamin tambahan sebagai mengisi kerompongan nutrisi harian. Set Ibu Hamil adalah sangat disyorkan kerana ia adalah vitamin semulajadi dan selamat untuk di ambil oleh ibu hamil.
7. KURMA
Dahulu saya
bukanlah seorang yang begitu menggemari kurma. Tetapi sejak menjadi
seorang ibu, saya begitu kagum dengan kelebihan yang dimiliki buah ini,
terutamanya buat ibu hamil dan menyusu.
MashaAllah, no wonder Rasulullah
SAW sangat menggalakkan ibu hamil dan menyusu makan kurma. Saya
bertenaga dan sihat sepanjang kehamilan, dapat meneruskan puasa di bulan
Ramadhan dengan baik. Efeknya kepada penyusuan pula sangat
menggembirakan saya, susu ibu lancar selepas kelahiran Aydin, penyusuan
dimulakan dengan sempurna seperti yang saya mahukan.
Saya sudah
merasai saat perit dan sedih kerana tidak tahu menyusukan anak dengan
baik. Saya juga sudah melalui detik-detik penyusuan yang bermula dengan
mudah. Tips ini akan berjaya jika dilakukan dengan niat yang mendalam.
Tujuan saya berkongsi 7 perkara ini adalah supaya anda lebih bersedia
menempuhi penyusuan, dan tidak perlu melalui saat-saat getir yang sudah
saya tempuhi.
Saya doakan anda semua berjaya memulakan penyusuan dengan mudah.