Google+ Badge

Sunday, January 3, 2016

Tahun Baru Persekolahan 2016

Alhamdulillah. Sudah berada di tahun 2016 kita.

Esok anak-anak mula bersekolah. Ada sesi pagi, ada sesi petang. Tambah seorang lagi masuk tadika 5 tahun. Mujur sekolah di bawah flat sahaja. Duduk di sini sekolah semua dekat-dekat. Sekolah menengah, sekolah rendah malah sekolah tadika juga banyak pilihan. Sediakan sahaja belanja yang cukup untuk mereka. Mahal atau murah hanyalah pilihan.

Apa reaksi anak nanti ya? Terutama anak yang baru pertama kali masuk ke alam persekolahan. Anak ketiga saya ini baru pertama kali. Tidak pernah masuk dalam mana-mana taska.

Teruja nak tengok dia masuk sekolah dan dapat kawan baru. Beg dan kasut sekolah sudah di bawa ke hulur ke hilir. Harapnya nanti dia seronok dan mahu ke sekolah setiap hari.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang baik, soleh dan berjaya dunia akhirat.

Friday, November 13, 2015

Simpan Duit atau Emas? Mana Lebih Untung?

Anda RUGI Simpan Wang Kerana...

💸Keuntungan setakat 4-8 % dalam setahun

💸Hanya pihak bank yang beli matawang
💸Ekonomi merudum, nilai matawang turut jatuh teruk

💸Hari demi hari nilai matawang semakin murah

💸Sifatnya yang mudah dicetak dan menyebabkan inflasi

💸Wang dalam bentuk kertas ataupun syiling boleh dimusnahkan dan tidak lagi boleh digunakan

💸Matawang ringgit Malaysia hanya boleh digunakan di negara kita dan tidak di negara lain

.
Anda UNTUNG Simpan Emas Kerana...
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

✨Untung 20-40 % dalam setahun atau lebih

✨Terdapat banyak pihak yang bersedia untuk membeli emas jadi tak rugi anda simpan emas

✨Ekonomi merudum, harga kekal atau menjadi lebih tinggi

✨Sebaliknya emas semakin mahal nilainya

✨Emas sukar untuk diciplak dan sangat berpotensi meningkatkan ekonomi 

✨Emas walaupun dilentur, nilainya masih mahal dan boleh digunakan

✨Anda boleh gunakan emas untuk membeli belah walaupun di negara Afrika!

.
Simpanlah emas setiap bulan walau hanya 0.5gm. Ada emas ada duit. Ada duit belum tentu ada emas.
.

Ada sikit beli sikit,
Ada banyak beli lebih.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

.
Jadi ahli Power Gold jika mahu dapatkan emas murah.  Tak rugi pun, malahan anda dapat untung dengan setiap belian tambahan emas.

.
Mahu tahu lebih lanjut?
Hubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran.

.
Sms @ WhatsApp  : 0162853148
Nor Fahidayu Masran
Agen Emas Power Gold

Monday, November 9, 2015

7 Cara Berguna Untuk 'FREE GADGET'kan Anak

Zaman sekarang memang tidak boleh dinafikan, gadget menjadi permainan anak-anak. Boleh beri tetapi haruslah dengan pengawasan orang dewasa.

Masalah anak kerap mengadap gadget? Cegah sebelum parah. Gadget buat mereka leka, tidak aktif dan boleh buat mata anak cepat rabun.

Ini beberapa cara saya gunakan untuk anak saya. Mula-mula memang susab sikit. Mak kena tahan sabar dan kejam sikit demi kesejahteraan anak kita juga.
Mungkin boleh digunakan untuk 'free gadget'kan anak-anak kalian.

.
7 CARA "FREE GADGET"kan ANAK
==========================

1. Beritahu dengan tegas, Handphone itu kita punya. Tak boleh buat main. JANGAN SESEKALI BELIKAN MEREKA GADGET SENDIRI JIKA TIDAK PENTING!!

2. Jangan download game yang melekakan dalam hp anda. Lebih baik beralih kepada game pembelajaran

3. Tutup data/wifi jika tak guna.

4. Alihkan perhatian anak dengan permainan lain. Galakkan anak bermain diluar rumah.

5. Layan anak dahulu. Anak nak perhatian, bosan sebab mak pun layan android.

6. Nak reward anak, boleh beri hadap gadget dalam 10 minit sahaja. Selepas cukup masa, ambil semula gadget dan simpan.

7. Jika tak boleh juga, biarkan bateri hp anda dalam 20% sahaja. 😄

.
Habib pun dah kurang sangat mengadap 'handphone'. Sebab tak ada game dah dalam handphone ibu. Kalau dia nak, tengok katun kat Youtube sahaja. (Selalu bateri ada 20% je). 😂😂 dah bosan dia kacau abang adik dia atau bermain di luar rumah.

.
SHARE JIKA BERMANFAAT UNTUK KALIAN. 😊

Kisah Anak Bujang Saya

Jiran saya suka bawa anak saya jika mahu bantuan mereka. Lebih-lebih bab membantu mengemas.

Kadang-kadang bawa si Ridhuan sahaja. Kadang-kadang dua beradik sekali. Juga sekadar menjadi teman atau kawan kepada anak mereka.

Alhamdulillah. Walau anak lelaki sekalipun, ajarkan mereka kerja-kerja rumah. Mengemas, mencuci, menjaga adik juga memasak dan membantu ketika di dapur.

Boleh juga buat pengasingan tugas. Seorang mengemas, seorang mencuci.

Anak sulung saya lebih kepada mengemas dan mencuci pakaian. Tetapi suka juga mengacau ibu di dapur.

Anak kedua pula lebih suka mengasuh adik dan membantu abahnya bertukang. Kerjanya mencuci pinggan mangkuk. Sebenarnya nak mengelat buat kerja rumah. Panjang akalnya. Dia juga suka tengok ibu adun kek. Pandai buat sendiri kalau dia rasa nak makan kek. Muffin 3 minit sahajalah yang mudah. Canpur semua bahan, masuk dalam microwave selama 3 minit. Siap!

Anak ketiga, dialah tukang sepah. Dia juga selalu buat ibu bertukar jadi hijau.
Si kecil masih bayi. Minta selalu dimanja. Hihii..

InsyaAllah. Mereka boleh diharap bantu ibu buat kerja-kerja rumah. Syukur sangat. Ringan sedikit tugas ibu dirumah. Mereka belajar seawal usia 9-11 tahun. Main main juga, tapi ada masanya. 😊 

.
Selamat bercuti bagi yang bercuti!

Selamat Bercuti & Selamat Hari Deepavali

Assalamualaikum.
.
Selamat pagi. Selamat bercuti bagi yang masih bercuti. 😊 Cuti Deepavali sekali ya?

.
Alhamdulillah. Syukur masih dapat menikmati udara pagi lagi.
.
Nampaknya si Habib kurang sihat. Matanya bengkak dan merah. Badannya panas. Ibu terpaksa cuti juga hari ini.
.
.
Itulah orang perempuan beranak kecil. Cutinya habis buat jaga anak sahaja. Tak boleh cuti sesuka hati. 😄😄Simpan cuti untuk anak. Hihii..
.
.
Selamat memulakan tugas & semoga dipermudah segala urusan hari ini.! Tak lupa juga selamat hari Deewali bagi anda yang menyambutnya.

.
*kontroversi tp rezeki dari Allah kan? kasteme repeat order Esp hari ini. Siapa nak? Mai order shaklee dr saya. 😊
.

#pengedarshakleesentul 0162853148

Thursday, November 5, 2015

Tip Idea Untuk Menulis

Buntu tiada idea menulis? Saya pasti kalian juga punya masalah yang sama seperti saya.
.
.
Ini enam tips jika kalian buntu nak menulis. Semoga ia bermanfaat buat kalian agar konsisten menaip entry di blog.

.
IDEA UNTUK MENULIS
=================

.
1. Tulis catatan harian, setiap hati ada ilmu baru dalam kehidupan. Tulis dan kaitkan dengan fokus blog.

.
2. Catatan pengalaman. Terbahagi kepada dua. Pengalaman bisnes atau pengalaman kerja. Banyak catatan pengalaman yang boleh diceritakan.

.
3. Buku nota. Keluarkan idea dalam buku nota. Wajib sehingga selesai 44 entri.

.
4. Kata carian 40. Ia membantu sama untuk entri seterusnya.

.
5. Blog lama. Blog lama masih ada idea yang boleh disegarkan semula, ambil dan tulis semula.

.
6. Buku dan rujukan. Ini perlu sebagai bahan bacaan berterusan.

.
Lintas langsung : Kelas Asas Blog dan Penulisan

Mendaftar jika sudah sedia. Kami mara 2000 penyertaan.

Hubungi saya jika ingin mendaftar bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah (abdr).

Pilih antara dua kelas popular sepanjang tahun. Kelas Asas Blog Penulisan atau Kelas Asas Blog Mula Bisnes.

Tidak ada produk? Kami sedia bantu dengan produk dropship Abdr.

Hubungi saya di laman Facebook atau
Whatsapp : 0162853148

Nor Fahidayu Masran
Pengurus Online Abdr

Thursday, October 22, 2015

Bagaimana Tempelan Ais Beri Impak Positif Terhadap Kesihatan

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama.

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.

Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat. Semoga berjaya....