Google+ Badge

Wednesday, May 27, 2015

9 Tip Penjagaan Luka Bersalin Pembedahan Caesarean Cepat Sembuh


Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran (sumber google)


#Entry.3

Bersalin secara pembedahan caesarean dan normal adalah sangat berbeza, di mana ibu yang bersalin secara  pembedahan perlukan penjagaan yang lebih rapi dan teliti. Bagaimana nak jaga luka pembedahan caeseran lepas bersalin cepat sembuh?

Izinkan saya kongsikan di sini ye. Pengalaman sendiri pernah bersalin secara normal sebanyak dua kali dan merasa juga bersalin secara pembedahan dua kali. Memang sedikit perit nak jaga luka bersalin pembedahan caeserean ini kerana luka yang dijahit itu lebih dalam.




Saya kongsikan 9 Tip Penjagaan Luka Bersalin Pembedahan Caeserean Cepat Sembuh

  1. Bergerak lebih awal selepas pembedahan dengan berjalan keliling katil (bukan lasak) dapat membantu proses penyembuhan luka dengan cepat dan mencegah risiko pembentukan darah beku. Minta bantuan keluarga atau suami bagi melakukan pergerakan jika tidak yakin atau berasa sakit. Biasanya, tidak sakit sebab masih ada rasa kebas di tempat jahitan.
  2. Sentiasa bersihkan tempat luka selepas mandi. Boleh keringkan dengan menggunakan hair dryer, atau biarkan terdedah sekejap di hadapan kipas angin.
  3. Antara perkara penting penjagaan luka ceaseran ialah sentiasa biarkan luka bedah dalam keadaan kering. Jangan biarkan ia basah, sebab boleh menyebabkan luka pembedahan terkena infeksi atau jangkitan kuman.
  4. Makan makanan yang berzat dan seimbang seperti makanan yang memberi tenaga dan protin (ikan, daging dan ayam). Ibu bersalin banyak kehilangan tenaga dan darah, jadi ia perlu digantikan dengan segera. Makanlah banyak sayur dan buah-buahan juga kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral. Buah yang boleh dimakan semasa berpantang adalah buah oren, anggur dan epal merah. Sayur boleh ambil sayur sawi, lobak putih dan lobak merah. Banyak lagi yang boleh dimakan, boleh google sahaja.
  5. Minum air secukupnya adalah sangat penting bagi membantu membuang toksin, mencegah sembelit dan membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat. Dicadangkan minum sebanyak 2 liter air masak sehari. Air juga penting untuk merangsang penghasilan susu ibu. Jangan risau luka bengkak, sebab air yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing. 
  6. Digalakkan mengambil pil multivitamin sebab ia kaya dengan zat besi bagi membantu proses penghasilan sel darah merah yang banyak hilang selepas bersalin. Tidak perlu mengambilnya terlalu banyak. 
  7. Ibu juga boleh berurut seawal tiga hari lepas bersalin. Urutan boleh dilakukan seluruh badan, elakkan di bahagian perut. Begitu juga jika ingin bertungku. Amalan ini sangat bagus bagi mengembalikan kesegaran tubuh badan dan melancarkan pengaliran darah serta susu ibu. Berbengkung juga boleh. Gunakan bengkung jenis strap, elakkan tekanan dibahagian luka. Perut yang kejap, tegap dibengkung, beri keselesaan semasa bergerak, batuk dan bersin.
  8. Menyusukan bayi dapat membantu proses penyembuhan rahim yang cedera akibat pembedahan. Hormon oksitoksin yang dihasilkan semasa menyusu menolong pengecutan rahim yang lebih cepat.
  9. Alternatif Set Bersalin Terbaik untuk merawat luka bersalin secara pembedahan caeserean adalah Set Bersalin Shaklee amat disyorkan diambil semasa berpantang. Vitamin sangat penting bagi menggalakkan penyembuhan luka yang lebih cepat.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu yang bersalin secara pembedahan. Inilah pengorbanan yang sangat besar bagi seorang wanita bergelar ibu demi melahirkan zuriat buat suaminya.
 


Nor Fahidayu Masran
016-2853148