Monday, June 1, 2015

Tip Menyusukan Anak Sepenuhnya Untuk Wanita Bekerjaya

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 6


Menyusukan anak sepenuhnya bagi wanita bekerjaya bukanlah suatu kerja yang mudah kalau tak betul-betul kuat. Ia adalah satu cabaran dan perlukan sokongan serta semangat yang kuat.



Ilmu juga penting. Jika tiada ilmu, perjalanan penyusuan boleh gagal atau terhenti di pertengahan jalan.
.
Jadi, andai ibu sudah berazam nak menyusui anak sehingga dua tahun penuh walaupun bekerja, cari dan galilah ilmu sebanyak mungkin. Banyak medium yang boleh anda rujuk selain majalah, sumber google atau kumpulan sokongan ibu menyusu, ibu juga boleh dapatkan konsultasi terus daripada pakar laktasi yang diiktiraf. Adalah lebih baik, ibu mengikuti kursus penyusuan yang ada.
.
Bukanlah setakat nak buat stok susu yang banyak, atau nak pekatkan susu ibu. Tetapi, tubuh ibu juga perlu sihat. Amalkan pemakanan yang seimbang, berkhasiat dan minum air secukupnya. Bayangkan jika kesihatan ibu tidak baik, pengeluaran susu terganggu, anak pula meragam. Sudahlah tak sihat, mana nak jaga anak, mana nak uruskan rumah dan bagaimana pula dengan urusan kerja? Sudah pasti semuanya terganggu dan tergendala bukan?
.
Inilah antara sebab utama kenapa ibu perlu menjaga kesihatan. Ibu adalah tonggak rumahtangga.
.

Ibu boleh dapatkan vitamin buat ibu menyusu daripada saya untuk kekal bertenaga, cergas dan cantik. Setiap belian dengan saya akan disertakan bersama konsultasi secara percuma tanpa had.