Saturday, June 6, 2015

8 Tip Agenda WAHM Berjaya Yang Anda Perlu Tahu

Teks : Nor Fahidayu Masran

Foto : Nor Fahidayu Masran

Entry : 11



Ada lagi ke yang tak tahu apa itu WHAM? Wham adalah singkatan kepada Work at Home Mom

Hari ini saya nak kongsikan 8 agenda menjadi WHAM berjaya yang telah dikongsikan oleh mentor saya. Bukan senang nak jadi WHAM berjaya ye. 


8 Tip Agenda WAHM Berjaya Yang Anda Perlu Tahu

 
wahm berjaya
8 Tip Agenda WAHM Berjaya Yang Anda Perlu Tahu

1. Beritahu pada keluarga

Ini adalah penting, sebab kita perlu dapatkan restu keluarga terutamanya pasangan. Pastikan mereka tahu kenapa dan apa yang boleh kita perolehi bila kita menjadi WAHM. Kita juga perlu beritahu mereka untuk dapatkan kerjasama dan memberi bantuan terutama dari segi aspek kewangan, pengurusan masa dan sebagainya.


2. Tetapkan masa

Mesti buat jadual dan ikut dengan disiplin.  Kesesuaian masa dan keperluan keluarga antara kita berbeza-beza. Tidak sama dengan orang lain. Jadi, jadualkan ikut kepentingan anda. Mana yang utama didahulukan dan barulah di isi dengan yang lain. Di sini anda akan nampak kekosongan masa anda di mana. Isikan masa kosong tersebut dengan aktiviti WHAM anda.



3. Buat To-do list dan Not To Do List

Senaraikan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan apa yang kita nak buat. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah tertinggal perkara yang penting bila tidak kita senaraikan.


Buat jadual dan senaraikan keutamaan


4. Bangun Awal

Cuba bangun awal setiap hari. Setiap kali kita bangun awal dan lebih awal, kita boleh buat banyak perkara  dan yang tiada dalam jadual.  5 minit atau 10 minit awal adalah sangat berharga.



5. Bina blok tugasan

Contohnya, sehari  kita sediakan masa 1 jam utk buat kerja-kerja mencuci sahaja. Kemudian, sejam lagi untuk membuat sarapan dan makan tengahari. 2 jam untuk layan pelanggan dan berbisnes. Ini hanya contoh sahaja. Kita kena sesuaikan dengan to do list dan jadual kita. Insya-Allah ia akan lebih teratur dan kita boleh lebih kreatif dengan membuat colour coding untuk setiap tugasan tersebut.



6. Letakkan keutamaan

Apa yang paling utama kita perlu buat? Kalau tak penting dan tak perlu buat, maknanya tiada dalam senarai, bukan? Tetapi, jika ada perkara yang kita nak selesaikan, tidak tahu yang mana satu perlu didahulukan, utamakan yang paling memberi impak dan kesan maksimum. Seperti contoh, kalau kita tak masak nanti semua tidak dapat makan dan lapar.

7. Ambil masa untuk berfikir

Seperti cermin diri. Berfikir di awal pagi hari, waktu bangun tidur. Fikir apa yang nak dicapai, apa yang nak dibuat dan apa yang nak dilaksanakan dengan efektif. Bila kita sudah pasang niat dan siap-siap fikir, Insya-Allah, otak kita telah tahu apa tugasan yang perlukan tindakan cepat pada hari tersebut.



8. Muhasabah

Muhasabah diri. Fikirkan apa yang telah kita lakukan sepanjang hari tersebut sebelum masuk tidur. Apa yang telah kita capai, apa kesalahan yang kita sudah buat dan apa lagi yang perlu kita perbaiki.


Semoga panduan ini berguna dan dapat memberikan anda sedikit info untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM). 


Jika anda berminat untuk sertai kami dalam bisnes Shaklee dan DAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE, boleh hubungi saya di talian 016-2853148 dan anda akan mendapat pelbagai keistimewaan.


Sertai PROJEK YES dengan pelbagai penjimatan dan keistimewaan yang sangat hebat khas utk masa yang terhad sahaja

 
Ingin turut serta dalam akedemi Bekerja Di Rumah? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Sms @ Whatsapp ke 016-2853148