Google+ Badge

Thursday, October 22, 2015

Bagaimana Tempelan Ais Beri Impak Positif Terhadap Kesihatan

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama.

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.

Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat. Semoga berjaya....

Wednesday, October 21, 2015

5 Tips Mudah Mula Bisnes Dropship

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan rezeki yang melimpah ruah.

Ada yang nak mula bisnes online tanpa perlu stok dan modal yang besar?

Jom mula dengan bisnes dropship. Tak perlu keluar rumah atau uruskan stok. Mudah dan jana pendapatan setiap hari. Perlu rajin dan tidak putus asa sahaja. 😊

5 LANGKAH MUDAH MULA BISNES DROPSHIP.

- daftar
- blog jualan
- fanpage
- ambil komisyen
- urus pesanan pelanggan
.
.

TIDAK PERLU
- simpan stok
- cod
- urus penghantaran
.

.
Jom belajar dalam kelas online dropship buku.

Kami buka pendaftaran 
setiap hari.

Hubungi saya di Laman Facebook

Atau

Wasap ke 0162853148

Saturday, October 17, 2015

Buku Aku, Dia Dan Rezeki | Disangka Sombong

Teks : Petikan Kisah dari BUKU AKU, DIA DAN REZEKI

.
Disangka sombong.
.
.

Anak saya parkir motor di hadapan sebuah warung menjual kuih-muih. Sebelum sempat dia turun dari motor. Datang sebuah kereta mewah dari arah belakang.

Pemandunya membunyikan hon. Anak saya terpinga-pinga.

Dia buat tak peduli.

Banyak lagi kawasan lain kereta itu boleh parkir. Kenapa nak tunjuk lagak untuk parkir hadapan gerai.

Pemandu membuka tingkap kereta. Dan terus bercakap dengan anak saya.

"Dik, minta tolong ke depan sikit boleh ? saya nak parkir depan gerai, nak ambil barang." mohon si pemandu.

Dengan berat hati, anak saya menganjakkan sedikit motornya ke hadapan.

Kereta itu di parkir betul-betul di hadapan gerai.

Pemandunya keluar.

Kakinya sebelah sahaja. Dan dia menggunakan tongkat.

Sebaik tiba depan warung. Pemandu itu memohon maaf dengan anak saya.

"Maaf ya, pakcik dah menyusahkan kamu..."

Anak saya terdiam tak bercakap.

Sambil melihat kuih-muih yang dijual. Akhirnya pemandu itu telah memborong kesemua kuih-muih dan nasi lemak serta mee yang dijual.

"Pejabat saya nak buat jamuan tergempar." ujarnya sambil tertawa kecil.

"Tolong bungkus dan tolong masukkan ke dalam kereta saya, dan bagi tahu berapa harga kesemuanya."

Hampir 10 minit menunggu, akhirnya kesemua jualan dibungkus. Dan anak saya antara yang turut sama membantu.

Usai tugasan. Pemandu itu memanggil anak saya ke keretanya.

Diserahkan wang sebanyak RM150.

"Cakap pada makcik tu, bakinya keep the change, saya halalkan."

Anak saya terus mengangguk.

Dan kereta itu terus beredar dari situ.

Sewaktu anak saya menyerahkan wang kepada wanita pemilik warung itu.

"Hei, ini banyak ni ... semuanya tak sampai RM100!"

"Entahlah makcik, pakcik tu dah cakap keep the change dan dia dah halalkan semuanya."

Sebelum beredar. Anak saya menghulurkan RM2 kerana membeli kuih.

"Dah, dah, harga kuih kamu pun orang tu dah bayarkan tadi, dia dah cakap pada makcik tadi ..."

Anak saya tersenyum lega.

"Eh, kamu pernah nampak ke orang lelaki tadi, makcik tak pernah nampak dia sebelum ni ... orang sini kah?"

Anak saya hanya menggeleng kepala.

.
.
[Bekerja itu jihad. Manusia bagi gaji lambat, Allah bagi pahala cepat].
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Berhajat untuk memiliki buku AKU DIA & REZEKI

Boleh hubungi saya untuk tempahan belian 0162853148

#Tba #tbaniaga #tbaniaga3 Tuan Zuan

#dropshipbukuilmiah #akademibekerjadirumah #surijanaduitsecaraonline
#bukuakudiadanrezeki

Tuesday, October 13, 2015

Selamat Tahun Baru Hijrah

Alhamdulillah. Selamat menyambut tahun baru hijrah pada hari ini.

Semoga hidup kita lebih baik pada hari ini dan hari-hari esok.

Semoga segala amalan kita di terima oleh-NYA.

Semoga dibukakan rezeki yang lebih luas dan banyak lagi untuk kita. Rezeki yang berkah agar dapat membantu lebih ramai lagi muslim sekeliling kita.

Semoga diberikan kejayaan dan kekayaan dunia dan akhirat nanti.

Mari sama-sama kita baca doa akhir tahun dan awal tahun ini.

Hikmahnya Sakit Buat Kita

Teks : Nor Fahidayu Masran

Assalaamu'alaikum dan selamat pagi. Selamat memulakan tugas harian dengan baik. Insya-Allah, semoga Allah permudahkan segalanya dan diberikan rezeki yang banyak lagi berkah.
.
Mungkin ada dikalangan kita waktu ini sedang sakit. Lebih-lebih lagi, cuaca sedikit panas dan berjerebu. Jagalah kesihatan kita, minum air yang banyak, ambil supplemen untuk tingkatkan antibodi melawan penyakit serta kurangkan aktiviti luar jika tidak penting.

Jom baca sedikit perkongsian tentang hikmahnya sakit. Semoga ia dapat menggembirakan hati-hati mereka yang sedang melawan penyakit ini. Insya-Allah.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian pagi ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...