Thursday, September 10, 2015

Oh, Sibuknya Ibu Pagi Ini!

Teks : Nor Fahidayu Masran
Entry : 43

Pagi nan indah. Suara azan berkumandang. Seusai mandi dan solat subuh, bancuhkan secawan teh untuk Al Hafiz Rashdan dan Iwan Rashdan sebelum mereka berangkat ke sekolah.
.

Si kecil Fateh sudah bangun seawal jam 6.30 pagi. Minta disusui. Dimandikan juga selepas membuang.

.
Hari ini ibu kerja jam 1.00 petang. Jadi, bolehlah ibu ke pasar. Setelah Fateh ibu tidurkan, abah mengambil alih menjaganya.   Ibu bersiap terus ke pasar membeli ayam dan sedikit sayur.

.
Pulang dari pasar, abang Habib sudah tercegat di depan pintu. Gembira hatinya ibu sudah pulang. Mungkin pada fikirannya, ibu pulang dari kerja. 😊 Ibu letakkan barang yang dibeli tadi. Mandikan Habib dahulu. Siap mandi dan dipakaikan baju, Habib minta sebotol susu. Sambil-sambil menonton televisyen, berbaring Habib sambil menyusu.

.
Terus ibu ke dapur.  Sementara Fateh belum bangun, ibu bersih-bersihkan ayam untuk di goreng. Nasi di tanak terlebih dahulu. Baju di dalam mesin dibilas bersama pelembut get clean shaklee dan dikeringkan. : D

.
Ayam yang siap di bersihkan dan di cuci, ibu goreng bersama garam kunyit. Sementara ayam di dalam kuali, sayur kangkung pula di siang.

.
Terdengar suara Fateh. Sudah bangun anak ibu. Ibu angkat Fateh dari buaian, tersenyum-senyum si jantung hati. Letak di bawah, bermain-main dia bersama abangnya.

Kembali ke dapur, lihat gorengan sudah masak. Angkat dan masukkan lebih ayam lain. Terus ibu sambung menyiang sayur kangkung. Bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan, ditumbuk untuk dibuat rencah sayur goreng.

Siap ayam digoreng, goreng pula cili api, tomato; belacan dan bawang untuk dibuat sambal belacan.

Goreng pula sayur kangkung. Ceng ceng ceng! Seperti chef gayanya. Semua harus cepat. Ok. Siap untuk dihidang. Dapur dikemas-kemas. Di lap dengan semburan Basic h, biar kembali berkilat seperti baru. Pinggan mangkuk,  kuali di dalam sinki di cuci bwrsih dengan pencuci Dish Wash Shaklee pula. Seronok mencuci dengan buih sabun yang tak memeritkan tanganku ini. Berlama-lama pun tidak mengapa. 😊

.
Kerja-kerja memasak sudah siap seawal jam 9.30 pagi. Sebelum berehat sebentar bersama si kecil, pakaian di mesin di jemur dahulu.

.
Si suami sudah lapar. Dihidangkan nasi dan lauk yang siap dimasak tadi. Sedang abahnya makan, ibu mengambil alih menjaga Fateh. Bolehlah sekarang ibu berehat-rehat sambil menyusukan dia. 😊

.
Sedang di dalam kamar, tidak kedengaran suara Habib. Oh ya! Abah dan Habib keluar pergi memancing katanya.

.
Alhamdulillah. Tugasan pagi ini selesai dengan lancar.

.
Ayuh, sedekahkan sendi-sendi kita dengan Solat Dhuha!