Google+ Badge

Tuesday, July 7, 2015

Mendidik Anak Adab Bertamu di Aidilfitri

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Koleksi peribadi

Entry : 32


Tak lama lagi Aidilfitri bakal tiba. Anak-anaklah yang paling gembira. Ibu ayah bawa pulang ke kampung menziarah saudara mara dan rakan taulan. Kadang-kadang kita risau anak buat perangai di rumah orang.

Didiklah anak dengan adab bertamu menurut ajaran Islam dan budaya ketimuran. Kongsikan adab-adab bertamu di Aidilfitri ketika di dalam kereta kemudian terus dipraktikkan setelah tiba di rumah yang hendak di ziarahi.

Antara adab-adab bertamu yang sesuai adalah :

  • Ucapkan salam sebelum masuk rumah
  • Bersalaman dengan tuan rumah dan bertanya khabar
  • Menjamah makanan setelah dijemput oleh tuan ruma
  • Ambil makanan sekadarnya supaya tiada pembaziran berlaku
  • Duduk di ruang tamu tanpa berkeliaran jika tiada izin tuan rumah
  • Tidak membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah



 Dedahkan juga anak-anak dengan kepentingan menyambut tetamu bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu." (HR.Bukhari)

  • Bermuka manis apabila menerima tetamu
  • Menjemput tetamu duduk dan menjamu selera
  • Bersalaman dengan semua tetamu 
  • Bantu untuk melayani  tetamu yang sebaya dengan mereka
  • Menghantar tetamu yang ingin pulang hingga ke muka pintu 

Belajar Memberi.  Didik rasa sifat syukur dikalangan anak-anak. Terbayang kegembiraan bila anak-anak menerima sampul duit raya dari saudara-mara mahupun jiran tetangga. Rancang dan berbincang dengan anak bagaimana mereka boleh berkongsi sebahagian duit raya mereka kepada orang yang lebih memerlukan. Ajarkan dan terapkan mereka dengan keinginan membantu dan keikhlasan dalam memberi. 


Pendedahan awal kepada kemahiran beradab dan berakhlak untuk kanak-kanak pastinya akan menjadikan lebaran tahun ini lebih bermakna. Selamat Mencuba!

1 comment:

Maria Firdz said...
This comment has been removed by a blog administrator.