Wednesday, July 1, 2015

5 Kesalahan Saat Berdiet Yang Tidak Patut Kita Ikut

Teks : Nor Fahidayu Masran

Entry 27

Sudah lebih kurang dua minggu kita berpuasa. Bagaimana puasa anda? Masih bertahan atau sudah ada yang tinggal? 

Bulan puasa, bulan paling tepat untuk kita konsisten berdiet. Sudah dapat berat badan yang anda inginkan?

Mungkin dalam kita berdiet, sering kali kita terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh merosakkan diet itu sendiri. Kadang-kadang kita pula merasakan tip yang sering kita ikut itu adalah betul. 

Jom kita semak, tip-tip yang disenaraikan oleh laman web Fitness.com ini. Mungkin kita pernah melakukannya tanpa kita sedari.


5 Kesalahan Saat Berdiet
5 Kesalahan Saat Berdiet

 

5 Kesalahan Saat Berdiet Yang Tidak Patut Kita Ikut

 

1. Memilih Jus Daripada Buah

Sememangnya jus dianggap sihat kerana ia terdiri daripada ekstrak buah-buahan.  Sebaiknya pilihlah biah-buahan yang segar kerana kandungannya adalah semulajadi. Jus yang dijual di pasaran biasanya ditambah pemanis dan pengawet. Jika terlalu sering menikmatinya, ia boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyulitkan penurunan berat badan anda.

2. Jumlah Kalori


Menurut laman web Women24, kesalahan utama di dalam diet yang paling besar adalah kesilapan mengira kalori. Kebiasaannya mereka hanya akan mengira kandungan kalori yang terdapat di dalam makanan utama sahaja, sedangkan kalori yang terdapat di dalam snek lebih banyak berbanding makanan utama yang sering diberi perhatian.

3. Banyak Duduk

Terlalu banyak duduk adalah tidak baik untuk kesihatan anda. Ia juga boleh menimbulkan risiko penyakit seperti jantung, diabetes dan sebagainya. Ringankan kaki anda untuk berjalan dan bergerak lebih aktif kerana ia akan membantu membakar kalori. Jika pekerjaan utama anda mengadap komputer carilah sedikit ruang untuk berjalan di keliling pejabat anda.

4. Fokus Jangka Pendek


Kunci utama berjaya dalam berdiet adalah gaya hidup. Jika hanya berdiet untuk persiapan bernikah atau sebagainya, maka sukar bagi anda mempertahankan tubuh yang ideal. Inilah yang sering terjadi. Apabila anda berhenti berdiet, anda lebih cenderung untuk membalas dendam dengan menikmati makanan seenaknya.

5. Kurang Tidur


Tidur yang berkualiti dan cukup bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindardaripada penyakit bahkan ia turut menjayakan program diet anda. Jika anda kurang tidur, maka tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan, Hormon tersebut menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Untuk itu, pastikan tidur anda adalah tidur yang berkualiti.


TURUN 20KG LEPAS BERSALIN. APA RAHSIA DIA?


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!