Friday, July 3, 2015

7 Tip Penjagaan Berpantang Selepas Bersalin Agar Kembali Sihat dan Langsing

Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Sumber Google
Entry : 30



Ada ke yang baru bersalin atau sedang menunggu masa nak bersalin? Berpantang di musim perayaan pasti mencabar. Sangat mencabar nafsu ibu! Sebab saya sendiri pernah menjalani tempoh berpantang di musim perayaan ini.

Apakah ibu masih terbayang lagi kesakitan saat-saat melalui proses melahirkan? Seluruh tenaga dikerah demi mengeluarkan bayi dalam kandungan, segala urat dalam badan terputus apalagi ibu yang melahirkan secara pembedahan. 

Serentak mendengar tangisan bayi, peluh dan rasa sakit yang dialami terasa berbaloi. Selepas selesai semuanya, baru terasa sakit badan sana sini. 

Oleh yang demikian, ibu janganlah pandang remeh soal penjagaan berpantang selepas bersalin demi menjaga kesihatan ibu sendiri. Ia adalah satu tempoh bagi memulihkan semula luka-luka dalaman.  Banyak masalah yang akan timbul jika ibu mengabaikan penjagaan ketika tempoh berpantang dari segi fizikal dan juga mental ibu sendiri. Ingat ye, badan ibu nak pakai lama. Kalau sayangkan badan, sayangkan kesihatan dan sayangkan suami serta keluarga, jagalah dalaman ibu dengan baik.


7  Tip Penjagaan Bersalin Agar Kembali Sihat dan Langsing 

 

 1. BERTUNGKU - Jangan sesekali kita ambil mudah dengan amalan bertungku ini. Ia mampu membantu proses pengecutan batu merian, memecahkan darah beku dan lemak yang terkumpul dibawah perut dapat dipecahkan. Dalam Islam sendiri menggalakkan amalan ini kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa. Ambil B-complex yang sangat membantu memulihkan saraf dan mengawal emosi atau mood swing.


panaskan batu sungai selama 15 minit, 
balut dengan daun mengkudu dan lapiskan kain.


2. BERURUT - Berurut bantu melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Akibat meneran untuk mengeluarkan bayi, kita gunakan sepenuh tenaga yang ada. Lepas bersalin badan akan terasa lemah dan perlu dipulihkan kembali. Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Sentiasalah memakai stokin dan baju panas supaya badan tidak cepat masuk angin dan berasa sejuk.


Berurut dapat melegakan sakit-sakit badan dan melancarkan susu ibu


3. BERBENGKUNG -  Bengkung bukan sahaja merampingkan tetapi ia bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia  juga membantu mendapatkan patkan kembali badan yang langsing. Berbengkunglah selepas mandi pagi hingga keesokan hari. Lihat hasilnya selepas habis berpantang. Anda pasti terkejut!!



4. Berpilis - JANGAN BENCI BAU PILIS. Khasiatnya sungguh menakjubkan. PILIS membantu menenangkan, menghilangkan rasa pening dan sakit kepala akibat menggunakan tenaga yang banyak semasa meneran dan kehilangan darah. Buat sendiri Pilis dengan menumbuk kulit kayu manis sehingga halus. Campur sedikit air dan tepelkan di dahi.




5. MANDI AIR REBUSAN DAUN - Kembalikan kesegaran urat dan  tubuh dengan mandian air rebusan daun.  Anda boleh gunakan daun herba seperti sintok, daun mengkudu, serai wangi, daun pandan yang banyak terdapat di keliling anda. Buat mandi setiap pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang.


6.  MINUM UBAT PERIUK - Ramai yang tak suka ubat periuk ini kerana rasanya yang pahit. Sebenarnya ia amat baik untuk kesihatan bagi melancarkan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.  Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin dalam badan selain menaikkan seri muka agar tidak pucat. 



7.  TIDUR DAN REHAT YANG CUKUP - Walaupun ibu kalut sedikit dengan kehadiran bayi, tetapi ibu juga perlukan tidur dan rehat yang cukup. Dapatkan bantuan atau minta pasangan membantu dalam tempoh minggu pertama berpantang. Utamakan tidur dan rehat yang cukup kerana ia membantu mengembalikan tenaga anda semula. 


Ketahuilah ibu, tidak ada jalan mudah untuk tampil sihat, langsing dan menawan selepas bersalin.  Berpantang secara teratur dan anda akan dapat hasilnya nanti.


SELAMAT BERPANTANG DAN GEMBIRA SAMBIL MENYUSUKAN BAYI!




Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!

2 comments:

Nila Anggraini said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.