Monday, May 25, 2015

TENTANG PENULIS

#entry.1

Teks : Nor Fahidayu Masran


Assalamualaikum wbt, selamat petang dan salam ukhwah buat semua pembaca dan pengunjung blog ini. 

Alhamdulillah, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu di sini. Nama saya Nor Fahidayu Binti Masran. Dilahirkan pada tahun 1981 di Batu Pahat, Johor. Merupakan anak sulung daripada 8 orang adik-beradik. Sudah berkahwin dan memiliki 4 orang anak lelaki. Saya adalah seorang penjawat awam di sebuah Organisasi Badan Berkanun di Kuala Lumpur. Telah berkhidmat lebih 15 tahun di Jabatan ini.

Pendidikan saya hanya setakat SPM sahaja. Pendidikan awal saya berrmula di Batu Pahat, Johor kemudian berpindah ke Kamunting, Taiping, Perak dan yang terakhir di Kuala Lumpur. Sekolah saya berpindah-randah kerana mengikut ayah yang bertugas sebagai seorang Askar Melayu.

Seingat saya, ketika saya masih belajar lagi di tingkatan tiga, saya sudah mula bekerja secara sambilan. Almaklum, adik-beradik yang masih kecil dengan ayah seorang sahaja yang bekerja, memaksa saya untuk mencari wang kocek sendiri bagi membeli buku-buku rujukan yang saya perlukan ketika itu. Saya pernah bekerja membantu seorang pakcik yang juga kawan ayah, sebagai pembantu gerai roti canai. Pernah juga cuba-cuba mencanai roti, membantu jiran gerai sebelah menjual air di gerai makan. Suatu pengalaman yang tidak pernah saya lupakan sehingga kini. Sebagai anak yang sulung, saya juga tidak lari dari tugas menjaga adik-adik yang masih kecil, juga membantu emak di dapur.

Setelah habis Sijil Pelajaran Malaysia, saya berpindah ke Ulu Yam Baru, Batang Kali, Selangor. Mendapat keputusan SPM yang agak baik, tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi memberi laluan kepada adik-adik yang lain. Bermula dari sini, saya mula mencari-cari pekerjaan. Tetapi tidak lama, hanya beberapa bulan sahaja. Pernah menjadi pembantu taska dan pembantu kedai servis komputer di Batang Kali. 

Mungkin nak jadi rezeki saya, saya cuba mengisi borang jawatan kosong sebagai Pembantu Penguatkuasa Gred N17 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Alhamdulillah, selepas 6 bulan kemudian saya berjaya dan dipanggil untuk ujian lasak serta temuduga. Bermula melaporkan diri pada tahun 200 dan sehingga kini saya masih menjawat jawatan tersebut, dan inilah pendapatan utama saya. Oh, lupa nak cerita. Saya juga pernah memohon untuk memasuki Universiti Perguruan Sultan Idris. Dipanggil untuk temuduga tetapi pada temuduga peringkat yang ketiga, saya gagal. Mungkin kerana pada masa tersebut saya seorang yang sangat pemalu. Soalan yang mudah pun saya tak boleh nak jawab. Bukan rezeki saya di sini.

Saya seorang yang suka membaca buku-buku dan majalah berkaitan kekeluargaan, kewanitaan dan anak-anak. Suka juga mencuba dan mengumpul resepi-resepi masakan yang ringkas. Berminat untuk menyedarkan dan membantu orang sekeliling saya meningkatkan tahap kesihatan serta membantu ibu-ibu bekerjaya dalam menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga dua tahun. Saya bukanlah pakar dalam bidang penyusuan, tetapi melalui pengalaman sendiri, Insya-Allah saya boleh membantu ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu sambil bekerja. Mula berminat dan rasa bertanggungjawab dalam bidang penyusuan ketika menyusukan anak yang ketiga, dan melihat betapa pentingnya menyusukan anak sehingga dua tahun.

Pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan yang hanya meleburkan duit saya sehingga terpaksa membuat pinjaman yang besar. Akhirnya, tersontot di tengah jalan. Ia merupakan pengalaman yang telah mematangkan saya dalam memilih perniagaan yang betul. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan bisnes dan mentor Shaklee yang betul pada bulan Februari 2012. Bermula hanya untuk makan sendiri sahaja, ingin meningkatkan tahap kecergasan serta kesihatan kerana menyusukan anak. Setelah merasai keberkesanan produk Shaklee, saya mula menyebarkan kebaikkannya kepada rakan sekerja dan orang sekeliling. Serius dalam bisnes Shaklee secara online pada bulan Oktober 2012 sehingga kini. Dari sinilah saya belajar untuk membina blog dan fanpage sendiri. Belajar dari mentor Shaklee juga secara online. Saya suka, sebab saya tak perlu keluar rumah tengah malam atau meninggalkan anak dan suami di rumah. Kalau pergi seminar sekalipun, kami dibenarkan membawa bersama suami dan anak-anak. Jadi, ia tidaklah membebankan fikiran saya untuk memikirkan di mana saya nak letak anak saya. Saya juga terlibat dalam affilliate 70 Formula Mudahnya Tarik Rezeki, bisnes dropship botol susu besi serta pam susu ibu (breastpump).

Insya-Allah, saya akan kongsikan lagi tentang penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu bekerja di dalam entry yang lain nanti. Doakan agar saya konsisten untuk terus menulis dan berkongsi tentang meningkatkan tahap kesihatan sambil menjana pendapatan dengan lebih baik lagi.

Sekian, yang lemah hanyalah dari diri saya sendiri, yang baik adalah dari Allah.

Salam perkenalan.