Saturday, October 17, 2015

Buku Aku, Dia Dan Rezeki | Disangka Sombong

Teks : Petikan Kisah dari BUKU AKU, DIA DAN REZEKI

.
Disangka sombong.
.
.

Anak saya parkir motor di hadapan sebuah warung menjual kuih-muih. Sebelum sempat dia turun dari motor. Datang sebuah kereta mewah dari arah belakang.

Pemandunya membunyikan hon. Anak saya terpinga-pinga.

Dia buat tak peduli.

Banyak lagi kawasan lain kereta itu boleh parkir. Kenapa nak tunjuk lagak untuk parkir hadapan gerai.

Pemandu membuka tingkap kereta. Dan terus bercakap dengan anak saya.

"Dik, minta tolong ke depan sikit boleh ? saya nak parkir depan gerai, nak ambil barang." mohon si pemandu.

Dengan berat hati, anak saya menganjakkan sedikit motornya ke hadapan.

Kereta itu di parkir betul-betul di hadapan gerai.

Pemandunya keluar.

Kakinya sebelah sahaja. Dan dia menggunakan tongkat.

Sebaik tiba depan warung. Pemandu itu memohon maaf dengan anak saya.

"Maaf ya, pakcik dah menyusahkan kamu..."

Anak saya terdiam tak bercakap.

Sambil melihat kuih-muih yang dijual. Akhirnya pemandu itu telah memborong kesemua kuih-muih dan nasi lemak serta mee yang dijual.

"Pejabat saya nak buat jamuan tergempar." ujarnya sambil tertawa kecil.

"Tolong bungkus dan tolong masukkan ke dalam kereta saya, dan bagi tahu berapa harga kesemuanya."

Hampir 10 minit menunggu, akhirnya kesemua jualan dibungkus. Dan anak saya antara yang turut sama membantu.

Usai tugasan. Pemandu itu memanggil anak saya ke keretanya.

Diserahkan wang sebanyak RM150.

"Cakap pada makcik tu, bakinya keep the change, saya halalkan."

Anak saya terus mengangguk.

Dan kereta itu terus beredar dari situ.

Sewaktu anak saya menyerahkan wang kepada wanita pemilik warung itu.

"Hei, ini banyak ni ... semuanya tak sampai RM100!"

"Entahlah makcik, pakcik tu dah cakap keep the change dan dia dah halalkan semuanya."

Sebelum beredar. Anak saya menghulurkan RM2 kerana membeli kuih.

"Dah, dah, harga kuih kamu pun orang tu dah bayarkan tadi, dia dah cakap pada makcik tadi ..."

Anak saya tersenyum lega.

"Eh, kamu pernah nampak ke orang lelaki tadi, makcik tak pernah nampak dia sebelum ni ... orang sini kah?"

Anak saya hanya menggeleng kepala.

.
.
[Bekerja itu jihad. Manusia bagi gaji lambat, Allah bagi pahala cepat].
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Berhajat untuk memiliki buku AKU DIA & REZEKI

Boleh hubungi saya untuk tempahan belian 0162853148

#Tba #tbaniaga #tbaniaga3 Tuan Zuan

#dropshipbukuilmiah #akademibekerjadirumah #surijanaduitsecaraonline
#bukuakudiadanrezeki