Teks : Nor Fahidayu Masran
Foto : Nor Fahidayu Masran
Entry : 42
Sudah seminggu ibu naik kerja setelah bercuti selama 6 bulan. Hari ini pula ibu kerja syif petang. Jadi, bolehlah ibu masak dahulu sebelum pergi kerja nanti. Tengok-tengok gelagat Habib dan Fateh. Abang-abang sudah ke sekolah.
.
Ibu buat sarapan nasi goreng sahaja pagi ini. Habib makan habis sepinggan, minta di tambah lagi. Dia memang seorang budak yang tahan makan pedas. Baru 4 tahun umurnya. Tahun depan Insya-Allah masuk ke pra sekolah di bawah blok.
.
Sekejap lagi ibu nak pergi ke pasar. Beli lauk untuk masak tengahari. Terpaksa bawa dua orang si kecil. Lepas ke pasar, nak ambil gambar pasport Habib pula bagi urusan pendaftaran pra sekolah nanti.
.
Semoga urusan hari ini berjalan lancar dan anak-anak tidak buat perangai yang boleh mendatangkan amarah ibu. 😄
.
Ok. Ibu nak bersiap ke pasar.