Foto : sumber google
Entry : 40
Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh bayi sejak lahir dan biasanya akan hilang sebelum si manja melangkah ke alam persekolahan.
Terdapat beberapa jenis ekzema, seperti Dyshidrotic eczema, Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah sejenis ekzema yang biasa dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak.
PENYEBAB EKZEMA
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetangah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menyebabkan kelembapan terbebas dan memudahkan kuman masuk.
Beberapa faktor pencetus ekzema pada bayi adalah :
- pendedahan kepada bulu binatang
- penggunaan bahan kimia pada kulit
- pemakaian fabrik sintetik
- panas dan berpeluh
- cuaca kering dan sejuk
- tekanan perasaan dan stress
- kulit terlalu kering
5 SIMPTOM EKZEMA
- Kulit kelihatan bertompok kemerahan dan gatal
- Lokasi tumpuan biasanya dibahagian muka, bahagian berlipat seperti leher, pelipat tangan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
- Ada juga kanak-kanak yang mengalami ekzema di bahagian lutut atau siku
- ekzema dan gatal akan menyebabkan kulit jadi kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan boleh menyebabkan infeksi
- Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik
BAGAIMANA MERAWAT EKZEMA PADA BAYI
Ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit malah ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan emosi si kecil. Ekzema tidak dapat dihilangkan begitu sahaja kerana ia ada perkaitan dengan gen. Mungkin bukan satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu bagi mengawal ekzema yang dihidapi si manja.- Sapu pelembab. pilih pelembap yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi steroid.
- pastikan kuku bayi anda sentiasa pendek. Ini bagi mengelakkan kulit tercalar akibat menggaru
- Tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan rasa gatal
- pakaikan pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar
- Lindungi bahagian yang gatal dengan pakaian
- Legakan bahagian gatal dengan menggosok perlahan-lahan
- Sentiasa pastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang berbulu di dalam rumah
- Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur makanan laut yang mungkin boleh mencetus keradangan ekzema
CADANGAN VITAMIN UNTUK RAWAT EKZEMA
Untuk tujuan melegakan kerengsaan akibat ekzema mulakan dengan penggunaan sabun organik atau dari bahan semulajadi untuk anak-anak. Kemudian boleh tingkatkan antibodi dan imun si manja.
Antara vitamin shaklee yang membantu masalah ekzema malah ada yang sudah sembuh adalah :
Omega Guard - minyak ikan omega yang membantu melegakan keradangan ekzema dan dapat meningkatkan imun si manja anda. Sesuai untuk bayi berumur setahu. Dan ke atas. Harga Rm136 ( 90 biji) di ambil sebiji sahaja sehari bagi kanak-kanak.
Mealshakes - minuman segera lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan. Rasa yang enak dengan harum vanilla. Boleh di jadikan sebagai sarapan pagi atau sebagai snek. Ia membantu meningkatkan imun badan, menaikkan selera makan dan membekalkan nutrien untuk tubuh. Harga Rm 113.00 (544gm) hanya sesudu kecil sahaja sehari.
Krim Herbal Blend : Krim sapu serbaguna berasaskan bahan semulajadi. Tidak pedih. Selamat untuk bayi. Tiada steroid atau paraben. Boleh digunakan sebagai lotion harian. Di sapu pada kulit kering bayi, sebagai pelembab atau terkena gigitan serangga. Hanya Rm27.00 (4oz) disapu pada bila-bila masa perlu.
Dapatkan set ekzema untuk anak anda daripada saya.
Nor Fahidayu Masran
Whatsapp : 0162853148